CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 31, 2010

what's next?

i was watching home alone 3 with miss mussy around 600 something mcm tu and suddenly elia called a say, "farah result dah kuar." and i was like, "what? arrrrrghhhhh!!!!"

dan tangan dah terketaq-ketaq macam orang sakit parkinson. muka dah pucat macam mayat. jantung dah macam nak tercabut. dada rasa macam nak pecah. hyperbola betul.

so aku dinie dan mussy bersama elia dan amal ke KOD terchenta untuk check result kami.

punya lah ketaq sampai nak cari number matrix sendiri pun dah tak reti. dah terketar tangan cari. duk cari gak la kat list nama tuh.. alahai... mana number matrix aku nih? asal tak jumpa nih.. then............

ANATOMY
0913744 PASS

PHYSIOLOGY
0913744 PASS

BIOCHEM
0913744 PASS

ORAL BIOLOGY
0913744 PASS

alhamdulillah.... ya Allah rasa nak nangis je time tu. terus aku call mama bagitau mama. aku mulakan dgn bgtau mama yang result dah kuar. rasa nak nangis. mama dah ingat aku fail. pas tu mama kata, tu lahh gi dangdut lagi. malam ni tidur berbantalkan lengan je la ye. then aku kata kat mama, mama kakak pass la. pass for all the subject. im going to 2nd year!!

then mama speechless. and congrats me and kata, ha pas ni study harder untuk dptkan distinction. dah tau mcm mn rasa hepi sbb pass, blaja lagi jgn nak main je. ok mama. pesanmu terpahat dikalbu even aku mmg kuat main.

then jumpa amal dan elia dalam clinic sbb aku call mam kat luar. then we had a big hug. huhuhuhu... semua kawan2 aku pass. alhamdulillah..... rasa gembira dan bersyukur sangat2.. then aku keluar lagi untuk call anas.

aku: anas, result aku dah kuar
anas: hah dah tu macam mana?
aku: aku pass. lulus semua subjek.
anas: baguslah.
aku: rasa nak nangis. dah nangis pun.
anas: Ya Allah budak ni.. tu pun nak nangis ke?
aku: nangis happy.. bestnye pass anas.
anas: amal, mussy n dinie mcm mn?
aku: semua pass.
anas: dah dari kau nangis tu baik kau balik solat dan sujud syukur. kirim salam kat diaorang semua and say congrats.
aku: ok sure.. cepat lah belanje aku.
anas: ahh ape sal? kau la belanje aku. kalau tak kerana aku bebel kat kau malam2 time exam, mesti kau kena repeat kan? hahahahahaha.. (well ada betulnya jugak tu)

ok dialog kami agak panjang so aku malas nak sambung lebih. so yeah, pendek kan cerita, aku pass exam and see you in 2nd year nnti.

dan aku harus bersedia fizikal dan mental untuk pe yang bakal aku lalui untk 2nd year ni nanti. makin mencabar dgn subjek yang makin menyakitkan otak dan menambah jumlah penjualan panadol sepanjang aku di 2nd year nanti akibat selau beli panadol sakit kepala punya pasal.

congrats untk semua yang pass. untk ad yang xpass tu, jom berjuang untuk resit paper. go 3rd batch dentistry!!

SUNSHINE

bangun pagi je

warghhhhhh.......
sudah hari isnin ka?

hari ni result exam kuar. kot. ptg nnti xpn esok. God knows when.



you are my sunshine, my only sunshine
you make me happy
when sky are grey
you never know dear
how much i love you
so please don't take
my sunshine away

i'm gonna miss you sooo damn much


you know i'm talking bout who =)

Sunday, May 30, 2010

NYAH kau dari hidup aku

ok satu benda yang aku tak suka duduk kat sini (korang tau kan kat mana) is that pape yang kau nak buat, kau mesti akan kena condemn sooner or later esp kalau kau orang yang baru nak belajar macam aku.

kalau korang tak faham tak pe, jangan risau sbb xkuar exam pun..

dari dulu lagi, kalau dekat PJ, kalau orang tau kau ni budak free hair, orang akan kaji kau macam kau ni tikus eksperimen. mana kau pergi, kau buat ape, kau kuar ngan sape, kau kawan ngan sape. segenap aspek dalam hidup kau orang akan tengok. masaalahnya yang tengok tu bukan budak2 yg aku boleh ketegorikan dalam kumpulan baik2 muslimah gitu (aku bukan berniat untuk menjadi racist di sini tapi, untuk bagi korang lebih jelas). yang akan kaji kau tu jadi paparazzi mengalahkan wartawan manga tu adalah budak yang biasa yang bajet bagus yang rasa diaorang tu bagus gila sbb diaorang pakai tudung n kiteorang yang tak pakai ni jahat gila, korang rasa lebih superior dari kiteorang. pekejadahnya itu?

masa kat PJ, aku bukan pe yang korang kenal sekarang. jadi pe yang aku buat selalu orang akan pandang slac. tapi pe yang aku buat tu tak la teruk sampai gi jual badan kat jalan haji taib. cakap dengan junior aku kat cafe tu salah ke? cakap kejap je kott? tu pun kiteorang tak mesra lansung. cakap macam aku cakap dgn kwn2 lain.

lagi masa kat sana, ada kawan sekelas aku tu baru tau kot aku time tu budak free hair so dia tanya aku, "farah free hair ek kt luar?" aku jawab je, "yup" nak buat pe menipu kan? mama tak pernah ajar menipu.

lagi kat sini, setelah aku berubah sikit dan cuba untuk belajar menjadi insan yang lebih baik, ada jugak yang cuba nak down kan aku. ada jugak yang cuba nak condemn kan aku. korang ni memang tak puas tengok orang happy kan? bukan takat aku, kawan aku yang mmg sedia pakai tudung pun korang nak tegur macam haram. aku tengok budak tu xde la teruk mana dressing dia tapi still korang kata dia macam2.. derr, kalau lu nak tegur baju orang kotor ke koyak ke, lu tgk baju lu dulu la derr. kalau lu rasa baju lu ok, bersih tanpa bakteria, tak koyak rabak, then baru lu ada lesen nak tegur orang.

aku sakit jiwa dengan orang macam ni. hidup aku tak pernah nak aman dengan orang macam ni. ada je benda yang diaorang nak condemn. kau nak tegur orang, cara tegur kena baik, harus kena pada cara, masa dan gaya. ni tidak. adoiiii... tu pun mak nak kena ajar ke nyahhh?

pesan aku untuk orang macam tu, sedar2 la wehh kita semua ni saling bergantung pada satu sama lain. kalau kau rasa kau superior, gi la idup sorang2..

Saturday, May 29, 2010

broom, mop, cloth, bucket of water...

hari ni as usual. got nothing to do. yeah... so... looking at my sarang monyet punya room, i decided to do a lil bit of cleaning. kemas notes, ambik notes yg tinggal kat usrah room masa study dgn amal, ambik segala barang. so yeah, jom kita mengemas!!


get up get up you lazy bum, massive cleaning project on its way!!






Friday, May 28, 2010

OHHLALA

semalam aku habis exam. well yg written tu dah habis la. yang viva a.k.a oral x lagi. tu pun klu terpilih untuk viva. aku xmau ahh terpilih. aku nak pass tanpa viva. boleh kan? hehehehehe...

dalam kepala otak ni dah terfikir banyak benda, nak pergi karok la... nak tengok wayang la... tapi duit xde.. jpa xmasuk lagi. alahai jpa, bila nak masuk scholar niii? saya dah kopak..

jadi planning punya planning aku, amal, dinie n elia gi pantai sepat, picnic. so mula2 gi gerai mok na yang ramai gila orang macam hareeem tu, untk beli keropok, udang celup tepung, pisang goreng, sata n drinks. korang kena singgah gerai ni kalau datang kuantan. makan petang kat sini, kuantan people style!!

ok pas beli tu, tunggu Q panjang gile, sumaph ramai orang. yw lah wesak kan? orang kl turun, orang singapore ada.. then kteorang gerak pergi pantai sepat.


cuba teka pe yang kitaorang tengah buat?

kalau sape dapat teka dengan betul, aku belanje sky juice satu kat cafe lot 4. best owh buat kerja ni. seronok... lain kali kalau gi pantai, buat la benda ni. best2.. hehehe...


one of my fav pic

gmbr ni credits to dinie. dia yg ambik. aku sndri xingt pe yg aku ckp time ni. n kenapa aku tutup telinga aku pn xtau. rasa macam kena buru nagn paparazzi je. huahuahua... perasan gilaks. xkuasa makk.



kayna xde. dengar cerita dia nak study. huhuhu.. sejauh mana kebenarannya aku xtau la akn. xpe2 aku doakan agar kau lulus kayna. biar semua lulus. pe senate nak kata, kata la. kita semua study macam hareeeem. so semua akan lulus macam hareeemmmm. huhuhuhu


REACH FOR THE STAR!!!!

gambar lompat!! yang aku perasan, asal gambar lompat je mesti aku msti lompat mcm ni, tgn ke atas. hemm... kena tuka gaya lompatan. kena ala2 lompat kijang la pas ni. tak pun ala2 kung fu, bertapa, ataupun mungkin gaya kangkang 180? ohh tidak.......


makan je lah kerja kau, mana tak gemukk!!

ayat di atas merujuk kepada diri saya, harap maklum. tgk kat kaki tu. besar gabak kan? kaki pakwe i michael ballack pun xsebesar tu. tapi nak buat macam mana, malaysia ni syurga makanan. ahh kau izzati. alasan!! tetiba teringin nak makan kat noodle station. hemmm... mee kicap.. campur ayam bbq n shitake mushroom. best3....

lepas ni nak pergi mana lagi? panjat bukit panorama sungai lembing? pergi mandi sungai? jelajah segala pantai kat kuantan ni lagi? pergi river cruise? camping? naik train ke ipoh?

amboi.... kalau ajak berjalan laju je, kalau ajak study, bukan main liat lagi.

Monday, May 24, 2010

weh kau senyap dah blah dari bilik aku boleh tak?

look, aku tau kau pandai dari aku. aku tau kau study banyak dari aku, tolong jgn cite balik passal exam tadi yg sucks macam haram boleh tak?

kau nak kata kau tak sempat nak tulis satu piont, no no banyak point. weh bahalul, aku lagi banayk tak tulis point sbb aku mmg letak tepi topik tu la bodoh.

pas tu kau nak cite2 kat aku. bongok kau tau tak aku tak tido semalam? aku nak tido untk study biochem plak ni. kau boleh memekak kat bilik aku. kau boleh duk citer pasal exam tadi. sumpah otak kau dah jahanam. kau memang buta perut kan?

aku tak suka discuss pasal paper yang dah lepas kau faham tak? kau reti bahasa tak? kalau aku malas nak layan tu faham2 je la. buduh punya olang. pas tu lagi nak citer pe yang dia tulis la... pe yang dia miss la.. pe yg dia lupa la. well, nak dibandingkan dgn pe yg kau lupa tulis dan dgn pe yang aku tulis tu, sangat berbeza ok?????? banyak yang aku tak tulis, banyak yang kau tulis.

lepas ni kalau nak discuss paper yang baru je ambik, jangan ajak aku. aku tak suka.

Thursday, May 20, 2010

mayat hidup

  • pernah dengar tak orang nak terkeluar isi otak dari segenap lubang yg ada kat kepala ni?
  • pernah dengar tak orang nak muntah hijau dah tengok segala kertas dan nota yang ada depan mata?
  • pernah dengar tak orang dah tak sanggup nak tengok sebarang kertas dalam hidup dia? (well at least for the time being)
  • pernah dengar tak orang yang dah tak sanggup membaca, not even papers, novels, or her fav magazine sbb dah tepu otak?

well people, if u havent heard any of the above matters, then you can come and see me, and i'll tell you what's it feels like to be soooooooooo damn saturated.

nak makan nasi pun dah tak lalu.

dah tak rasa nak buat ape2 sebab dah penat sangat. penat otak je pun, bukan ape. ehh tapi kan, org kata penat berfikir lagi berganda penat dari penat lagi 12km. wehh agak2 la dowh, 12 km tu.. ade ke org lagi 12 km?

wehh cepat la habis exam ni. even aku tak habis study lagi, tapi aku rasa tak sabar je nak jawab exam. biarpun preparation tak seberapa tapi aku dah macam separuh nyawa ni. macam mayat idup pun ada.

tapi nak merungut pun tak guna kan? benda dah jadi. ini jalan yang aku pilih. so terima dgn hati yang redha dan sentiasa mohon pertolongan dati Allah so that He will help me, which He will. kan? btl x?

ohhh aku dah macam orang gila...
i need ectasy now to keep me awake all day long and study.
need morphine to stay happy and forget all this misery.

oh my ectasy, seeing you is the only drug i need. and thank God i see u. coz you took my stress away. can i see you again? every single day of my life?

Wednesday, May 19, 2010

sila ambil PERHATIAN

baik kamu semua, di sini terdapat beberapa rombakan ok? sila baca elok2. nnti ada yg tak faham. (cheh ayat nak gempak je)

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA (kat blog tak de icon untk underline la)

kepada sesiapa yang berkenaan,

baiklah saya dan kawan study saya, amalina ahmad kamal telah sebulat suara ingin belajar di library dari pagi hingga 1100 malam memandangkan library bukak dari 800 pagi hingga 1100 malam.

pertukaran ini dilakukan kerana peperiksaan professional yang semakin hampir. jadi kami akan bermastautin di library sepanjang hari dan malam.

kepada sesiapa yang ingin mencari kami di asrama, harap maaf, orang yang anda cari tiada dalam bilik (gaya mcm operator ckp maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan)

rombakan ini dibuat di saat-saat akhir kerana pihak kami baru sahaja terfikir akan hal ini. (ketinggalan zaman betul)

juga ingin dimaklumkan, sekiranya anda terjumpa salah seorang dari kami merayau-rayau seperti orang gila, sila maklumkan pihak berkuasa dengan segera atau anda boleh terus hubungi talian kecemasan hospital tanjung rambutan bagi rawatan lanjut.

di samping itu, anda boleh mengambil ubat berwarna hijau dan merah jambu di bilik kami dan bagi kami makan kerana mungkin kami terlupa makan ubat berkenaan akibat terlampau obses dengan peperiksaan. sekiranya ubat telah habis, barbiturat pun boleh tapi kami tak mau morphine. morphine tak best.

kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih

segala kesulitan amat dikesali.

saya yang menurut perintah,
(farah izzati azmi)


*ni blog, so xde sign ye mak cik.
**entry ditulis sebegini rupa akibat otak overload smpai nak terkeluar isi otak dari segala sutur yg ada.

Tuesday, May 18, 2010

untuk KAMU

entry ni aku nak post semalam lagi tapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal, so aku terpaksa tangguh ke hari ni. ok kalau sesape yang tau, entry hari ni aku ambik dari lirik lagu dari band indonesia. hemm... unggu kot nama dia. tajuk lagu, tercipta untukku. tiba2 mood study ditukar kepada mood jiwang karat..

sape yang xsuka mushy mushy lovey dovey thingy, ta yah la baca ye..... nnti ada kena sakit jantung.

lagu ni aku dedicate untk my someone special.

menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
(ooopss.. yg ni mugkin tak la kot)

banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu
(mmg bnyk pn. tak terkata even satu perkataan pun malu punya pasal)

aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku
(hemm.. tercipta untukku? kalau dia bukan untuk aku, redhakan lah hati ku dgn ketentuan-Mu oh Tuhanku)

meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
ku selalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku
(ehcece.. cinta. xkuasa mak!!)

wahhhh gitu...... gilak ahh.
untk sape2 yg tau who is my special someone, senyap2 sudah.... yang tak tau tu sila la baca entry2 aku yang lama2 tu ye. ada aku citer pasal dia..

angau overloaded?
farah suka mushy mushy cheesy stuff?
ada aku kisah?

Monday, May 17, 2010

everybody's gonna loves today

ohhhh best best best

thnx Allah. wuhuhuhuhu....

hari ni, my heart skips a beat lagi. mungkin bukan satu, maybe hundreds, thousands, millions of beats it skips. wuhuhuhu...

tachycardia

ataupun senang nak ingt, degupan jantung menjadi lebih laju dari normal.

tau kan kenapa?

tak menahan nak senyum dari tadi lagi. ya Allah terima kasih ye.... nak lagi esok boleh? =P

Sunday, May 16, 2010

wehh kau ni JIJIS ahh!!

aku try nak carik gambar yg mcm best untk post aku kali ni tapi tak jumpe. tidak tahu lah mengapa. okey post kali ni berbaur rasa meluat n menyampah. eyerrrr... jijis2..

kisah bermula dgn seorang X yg mulanya ok, em ok ke? ok lah kott... kemudiannye X ini berubah menjadi kurang ok. dan sekarang semakin kurang ok. kalau dulu2 boleh kata ramai yang menyanjungi dan mcm suka kat X ni, termasuklah aku. suka disini bermaksud senang dgn perangai X ni, xde makna lain okay?

tapi bila dah lama2 tu baru la tau perangai sebenar cik X ni ha. makkkk aihhh.... usahkan aku, mak cik kampung seberang pun menyampah. berangin tak tentu pasal. ni tak boleh, itu tak boleh. kerja duk komen je... kau ingat kau tu diva ke nak demand2 ni wehh joyah? kalau muka lawa (lawa kerrrr?) tapi perangai mcm stokin xguna gak.

kemudian kalau dulu2 orang yg mcm menyanjungi cik X kita ni, nak tiru pe yang cik X ni buat. ada la sorang kwn aku yg buat mcm tu, dia tiru cik X ni buat tu, ni. haihhh.... suke hati korang la. korang jadi diri sendiri boleh tak? cuba bangga dgn diri sendiri? jgn nak tiru orang. klu semua orang sama je, mana nak ada life kat dunia ni?

kemudiannya cik X kita ni, tup tup dia nak tiru orang plak. tiru aku plak tu. wehh kau, dah tak de kerja? kata diva wehh, diva tak tiru hamba sahaya mcm aku ni ha. walaupun ape yang dia tiru tuh bukan 100% tapi still aku dapat tgk n lihat perbezaan dia. kau rasa kau cool la kau buat mcm tu? kau rasa kau boleh jadi mcm aku la kau tiru aku? HELLO. aku rasa otak kau dah masuk air. kau tak mungkin akan jadi mcm aku okayyyy?

wehh miss X, kalau kau nak rasa cool pn, xyah la nak tiru orang wehh. aku paling anti org yg tiru2 nih. klu takat follow fashion tu xpe la sbb tu akan jadi trend. tapi asalkan kau tak beli the EXACT thing ha tu kira ok lagi lah. tapi kalau nak tiru personality, cara cakap, gaya cakap, cara kau bawak diri kau, tu pn kau nak tiru org, seyes lah, otak kau masuk air. bak kata kawan aku, you dont just go to that person and say, "hey, can i be you?" ada betulnye pe yg kwn aku ni kta.

lagi satu benda yang aku tak puas hati dgn miss X ni adalah kegedixxxx-an dia. wehh klu ngan pmpn bkn main lg layan mcm kiteorg ni kambing, tp klu ngan budak laki, esp yg berduit tu, amboiiiiii, mcm layan kucing parsi bermata biru. kalah cara aku layan kucing2 aku kt rumah nun.

aku x sangka la pulak kau mcm tu orgnye. baru la aku tau. lagi satu hal pasal miss X ni, dia memandang pada harta benda, status... so yg jantan2 tu yg rasa2 nak tackle dia nih, klu korg poket kuar rama-rama mcm dlm kartun mr bean tu, klu korg ni dduk umah papan kt kampung yg x glam, hah lupakan je la ye nak tackle minah ni. gi la cari pmpn lain yg lg baik dari dia. Cik X, harta dan status tu, kalau masa kau akad nikah nnti, dia tak mention brape bnyk harta simpanan laki kau ada. kau mati nnti, tak de org baca talkin tu dia mention skali jumlah terkumpul harta n segala pangkat yg kau pernah ada. Allah tu klu nak tarik balik nikmat tu, kejap je. so tak yah la nak being blinded by all those bling2 stuff.

wahai cik X, aku sentiasa mendoakan agar kau satu hari nanti berubah. jgn la nak ikut perangai bajet diva kau tu. wehh kau tu belajar lagi, kalau kau dah kerja tak pe jugak. kalau perangai bajet diva kau tu, tak menyakitkan hati orang tak pe, ni tidak. even diva betul pun tak de macam kau yang racist bila masuk bab berkawan dgn orang. satu lagi hal, sudah2 la nak meniru orang lain. mesin fotostat kau tak pernah stop dari nak copy org ke? cuba la jadi diri sendiri. even aku ni xde bnyk harta, tak cantik, xde yang nak buat jadik awek, perangai kasar, tapi aku bangga dgn diri aku, aku bangga yang aku menjadi aku. aku tak jadi orang lain. biar orang nak kata aku mcm budak umur 5 tahun, ada aku susahkan korang?

berubah la ye miss X? jgn la jadi murah sngt dpn lelaki. kau tak tau pe org laki fikir or ckp pasal kau blakang kau. mungkin depan kau diaorang adore kau, tapi blakang2 diaorang kutuk kau. kau tak tau tapi aku tau. sbb aku ada sumber yang boleh dipercayai dah sahih lagi benar.....







Saturday, May 15, 2010

SHAME ON YOU

YOU KNOW I'M TALKING TO YOU.

Friday, May 14, 2010

oh EXAMs

mode exam telah bermula beberapa hari yang lalu. ye beberapa hari bukan minggu. sebab sebelum ni aku tak rasa sngt. xde kesedaran smpai aku naik risau sbb xrisau nak exam. padahal exam besar tu. yg bakal menentukan aku naik year 2 ke x. insyaAllah.. ameeen....

ok jadi officially pas ni aku gi makan aku mintak nescafe ais. coffee addict for few weeks smpai habis exam. and lepas ni klu sape2 nak cari aku kat bilik time pagi dari kul 10 smpai 6, aku xde ye. aku kat library. malam pulak aku bertapa kat bilik amal study dgn dia. so basically time2 exam ni aku xde kt bilik. dah xreti tido kt ats katil sndri. sejak bila kau develop kemahiran merempat kat bilik org ni izzati oiii?

aku sngt2 xcukup tidur. mmg xckup 8 jam tido. pd aku tido mmg kena jaga sbb tido tu penting. masa tu lah badan kita rehat, semua pn slow down je.. klu xckup tido, nnti penat, lesu, sakit2 badan, pas tu mula la develop 'teteme' dan pelbagai sakit lain. itu aku. klu orang lain aku tak tau.

tgh hari tadi gi study kat library. sngt tekey ngan study. rasa nak give up. rasa nak tukar course sbb seyes aku rasa mcm aku xpatut masuk course ni sbb aku malas blaja. hemm... xboleh ckp mcm tu farah. ish3...

duk tekey2 tu baru teringat, aku xsolat zohor lagi. ya Allah... patut la tekey mcm mati laki. so tinggalkan buku2 jap, gi masjid n solat. jmpe kwn2 medics yg bru pas solat n siap2 nak gi class. borak2 jap nagn diaorg. pas tu siap2 untk solat..

ya Allah, bg la aku n kwn2 aku kekuatan fizikal n mental sepanjang nak exam n time exam nnti. bukakanlah hati kami dlm menuntut ilmu. berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat ya Allah.

lepas solat, call mama kat tepi kolam ikan kat KOM untk ilangkan stress. dulu2 aku ingt lagi, klu call mama ckp stress study mama akan marah. smpai satu tahap aku xnak citer kat mama sbb nnti aku jadi lagi tekey. pernah aku nangis sebab mama marah aku stress study.

tapi sekarang alhamdulillah mama dah boleh terima yang aku mmg akan jadi mcm ni bila nak exam. mmg aku akan call dia, ngadu macam2, kata nak kawen la, xmau blaja dah la, tu lah, ni lah.. tapi mama support aku smula. mama pesan macam2. kata nak ganti tan sri ismail merican lah... nak handbag gucci x nnti bila dah kerja? nak drive mini cooper x nanti dah kerja? pas tu klu menda tu tak jadi, aku xmakan saman, dia kuar la ntah mana2 ceramah agama yang dia selalu dgr kat radio. pas tu aku insaf... huuuuu.. thnx mama. sorry Allah, saye terlupa.

jadi kwn2 saye yg tekey2 tu, klu tekey kita gi la jalan2 tgk pokok2 ke... alam ciptaan Allah ni jap untk ilang tensi kejap. ambik angin. pas tu sambung study smula.

klu aku tekey aku buat pe? aku berangan.... aku makan... aku jalan2.... aku main game kejap.... aku call mama.. call beshfwend aku inche anas (anas kau bangga x aku mention nama kau kat blog aku?)... kesian dia, slalu kena dgr aku membebel aku tekey study, pas tu buat lawak bodo, gelak2 n borak pasal benda yg mengarut.. xpn aku akan kuar have fun, then balik n tekey smula.

well lain orang lain cara kan? ok aku nak sambung study smula. update blog ni pn sbb nak ilangkan menagntuk. mlm ni xtido lagi la jwbnye. selamat study untk mereka2 yang bakal exam xkira anda sama course nagn aku ke x, sameada anda bakal ada quiz atau exam, slamat study n good luck exam. jwb betul2 n jgn tiru, berdosa!! =P

Wednesday, May 12, 2010

BOYS and GIRLS

petang tadi pas kelas kat KOM aku stay kat library sat. untk study la kononnye untk pro yg bakal menjelma ni kan? chehhh.. mmg aku study pe. sempat la cover 2 setengah tajuk physio... hem tgh2 study tu tibak2 ntah mcm mn aku ngan member2 aku ni, geng biasa la, amal, elia , dinie, tibak2 ckp pasal lelaki dan DOTA. ye tuan2 sekalian DOTA.

aku ni xtau sngt la detail pasal DOTA ni tp yg tau dia ni game online yg digilai lelaki. mmg klu korg tnya budak2 laki ni, main DOTA ke tak, mesti diaorg jwb main!! klu yg jwb xmain tu maybe ada tp peratusanye kurang la kan?

aku pun bgtau la kt bebudak tuh, org laki klu dh dpt DOTA, jgn le kacau. biar je diaorg main DOTA tuh, nnti diaorg carik la awek dia smula pas main DOTA. klu gngu mmg nak kena maki dlm hati je la.

pas tu sorang ni, aku xnak sebut sape, tuan punye badan faham2 sendiri la ye, dia kata budak laki yg main DOTA nih pada dia HOT!! awww.. HOT!! hot ke mak? hot la tu kot. so korang2 semua yg rasa main DOTA tu, tahniah, anda HOT!!

jadi klu ada pompuan tnya korang main DOTA ke tak, jwb le, ye saya main DOTA. tp klu xmain xke menipu namanye tu?

anyway bagi kaum hawa yg tak tau apekemendenye menatang DOTA tu, kt bwh ni ad gambar dia, susah2 hang pi tanya pak haji google, pe mende DOTA tuh.



maka tgh2 citer tu aku pun bg analogi untk bgtau betapa suka nye budak laki dgn DOTA dan bagaimana betapa meraka sngt2 attached pada Dota. analogi dia mudah. klu girls shopping, org laki DOTA. simple.



mcm org pmpn la kan, kuar gi shopping ngan kwn2 dia, korg yg lelaki ni xyah le nak sibuk2 msg. (tu bg aku lah sbb nnti xdpt nak concentrate pd prosess shopping tuh). nnti pas shopping baru la si aweks mencari pakwenye. ha mcm tu la.

jadi aku dapat cari satu persamaan antara lelaki dan perempuan disitu. benda yg berbeza tapi pada dasarnya kita ni sama je.

oklah rasa panjang dh aku mambebel nih. aku kena sambung study.
catch u guys later...

ps: tgh semangat tgk team badminton malaysia lawan team denmark untk piala thomas.


Tuesday, May 11, 2010

nak SIPAR JAMBAN baru

kamu-kamu semua, sila mengucap dulu baru boleh tgk gmbr dibawah ye. takut nanti ad yg sakit jantung pulak. xpasal2 aku yg bertanggungjawab.

inilah dia sipar yg selalu menemani aku ke jamban

ni ha sipar jamban den. dh 3 tahun umur dia. kadang2 aku cuci sipar ni ha, punya la sayang kan. kadang2 tu sedap sngt pakai smpai gi cafe, gi KOD pn terpakai sipar ni. dah separuh jalan tu baru sedar, eh aku pakai sipar jamban!! ingt sarung sipar lain tadi.

kisah sipar ni bermula sblm aku masuk UIA PJ. aku beli la sipar ni sbb dia murah. xsmpai 10 rasenye harga dia. beli kt kedai BATA depan umah nun. so aku pn mcm, alah nak masuk jamban je kan, xyah yg cntik2 gitu. even sipar ni harga dia dlm RM8 mcm tu, tapi dlm bnyk2 sipar jamban, dia la yg paling lama berjasa ngan aku. dah nak 3 tahun dia berkhidmat untk aku.

dah nama pun 3 tahun kan, so tapak dia pun dah haus . so kengkadang aku mcm nak tergelincir dlm toilet lagi2 toilet tu xde org yg mencucinye. takat simbah air je kan? lagi la nak jatuh aku. nak swipe air tu wiper xde. nak guna wiper kete? boleh gak.. nnti la klu kayna nak tukar wiper MAU aku mintak ngan dia wiper tu buat wipe air kat toilet.

tadi aku pun dah brape kali nak terjatuh, pas tu fikir: xboleh jadi ni. nnti ad nangka busuk jatuh dlm toilet. kena beli sipar baru mcm ni.

dah alang2 nak abis blok ni, aku decide nak beli sipar baru naik 2nd year nnti la rasanya. rasa sayang plak nak meninggalkan sipar aku tu. sumpah la aku syg dia...

ok meh aku citer kisah sipar jamban aku sejak dari aku start masuk hostel, yakni form 1:
mula2 masuk hostel, aku ad satu sipar jamban. kaler hitam. satu hari, dah habis form 1 tu, ntah kenape aku bantai bawak balik sipar tu. sayang sngt kot. boleh tertinggal kt rumah sebab lupa nak bawak balik hostel smula. penyudahnye aku xde sipar jamban dah ha masa form 2. jadi ape yg aku buat?

aku round2 hostel tu sbb aku balik awal sket. pas tu jumpa satu sipar ni, dah buruk dah ha. buruk amat. tapi ye la kn, dah xde sipar sangat, rembat la sipar tu (aku xcurik ye sbb sipar tu aku jumpa kat pasu bunga kat hostel). aku balik aku cuci2 sipar tu ilangkan kesan tanah dia.

aku pun pakai la sipar tu sampai aku form 3. naik je form 3, sipar tu dah mcm naik reput. aku pn xtau knape jadi mcm tu. kwn aku pngil sipar tu sipar arwah sbb dah mcm arwah je sipar tu. dek kerana aku si pemakai sipar tu, maka kwn aku memanggil aku ARU singkatan bagi arwah.

ok form 4 pulak aku beli la sipar baru. dah lama pakai sekali putus tang kat tapak kaki dia tu. bukan yg kat toes tu. so aku pun fikir mcm mn nak elak dari beli sipar baru sbb nak outing ni susah, jarang2 outing. xkn nak gi jamban guna sandal? so pe yg aku buat adalah, aku ambik thumb tack, aku paku kat strap yg putus pada sole dia. hambik kau!! kreatif x anak pak cik azmi nih? dah letak thumb tack tu tahan lama plak dia. style pun ada kan, tibak2 ad thumb tack kt sipar... wahh gitu.. pas tu aku tgk org lain pn buat bnda sama klu sipar diaorg putus. ngeh3... cool x idea aku?
boleh kata smpai aku form 5 la aku guna sipar tu. tu pun ad la 2 3 kali tukar thumbtack. sbb paku tu berkarat. tapi punye lah sayang xingat kt sipar tu smpai xrela beli lain. hehehehehe...

jadi untuk sipar kali ni, dah haus aku xbley wat pe. nnti yg jatuhnye aku. yg sakit nye aku. klu takat putus tu bley lg kuar idea bodo nak selamatkan sipar. tapi der klu dah haus tu, tukar je la. kasut mahal2 kau mampu beli, sipar yg xsampai 10 henggit pn berkira ke?


so jom kita pilih, sipar aku yang seterusnye nak kaler pe ek? pilih bang jgn xpilih!!


sipar ni ada manik2 lg tu kat strap dia. klu aku masuk jamban, time blackout, xyah bwk lilin or lampu dah.



ohh, sipar jamban glow in the dark ade jual ke x ekk?



Monday, May 10, 2010

post untuk HATI

dear my HATI

aku tau kau dah bnyak kali sakit. kau dah bnyak kali tercedera. even aku dah ubat kau dgn burnol, cuci dgn alcohol, parut tu masih ada. sorry hati


dan hari ni aku buat kau luka lagi. kesian kat kau hati. aku tak jaga kau elok-elok. aku pemilik hati yang cuai. cuma ingin aku pesan pada kau oh hati

teruslah bertahan kerana aku menjadi kuat kerana kau
teruslah mengembirakan hati orang lain kerana itulah yang membuat aku gembira
teruslah percaya bahawa suatu hari segala kesengsaraan itu akan berakhir kerana janji Allah itu pasti
teruslah menjadi kebal walaupun dalamnya kau lemah kerana itulah KITA BERDUA

dan aku akan terus berusaha menjadi pemilikmu yang lebih baik dari semalam. oh Tuhan, tabahkan lah hamba-Mu ini dalam mengharungi hari2 yang bakal mendatang.

untuk kau hati, aku dedicate ini, semoga ia terus menjadikan kita kuat.

1-bukankah Kami yang telah melapangkan dadamu(Muhammad)?
2-dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu
3-yang memberatkan punggungmu
4-dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu begimu
5-maka senungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
6-segungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
7-maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), teteplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)
8-dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap

(surah al-insyirah, ayat 1-8)


Sunday, May 9, 2010

guide me PLEASE

if this is right for me, please show me the way

if it is not, still, show me the way

if this is right for me, the best for me, simplify it, blessed us

if it is not, help me to accept it willingly, for i dont want to turn my back on You

if this is my destiny, i'll accept it, for You know me even better than i do

if it is not, still, i accept it due to the same reason

i have my faith on You and i believe that You will guide me, in any way that suits me

I GOT IT FROM MY MOMMA!!

saya ada seorang mak yg sangat best. semua orang nak kata yang mak diaorang best. tapi saya je yang betul. sebab ape tau? sebab mak saya mmg sngt best.

  • mak saya pandai masak mknnan feveret saya.
  • mak saya jahit semua baju kurung saya. baju sekolah, baju gi kelas. semua mak saya yang jahit.
  • mak saya seorang yang kreatif. handcraft lover yg kreatif
  • mak saya layan kepala tak betul saya
  • kalau mak saya mengantuk masa kerja, dia call saya untuk ilangkan mengantuk dia.
  • mak saya dan saya enjoy shopping sama-sama
  • mak saya superwoman di alam semesta
  • mak saya pandai hias rumah n tanam banyak pokok cantik2 kat rumah.
  • mak saya tau banyak lagu baru dari saya. dia siap dedicate lagu waliband, cari jodoh untuk saya sebab saya xde bf lagi. hapadaaaaaa
  • mak saya jaga saya time saya sakit
  • saya dan mak saya suka benda yang sama macam naik bukit, merapu, lelaki hensem, shopping, handbag cntik, baju lawa.
  • mak saya suka pergi ikea, saya suka ikea
  • mak saya fashion advisor saya
  • mak saya rockstar!!!

so mama kakak loves you!! even mama dah kurang comel dari kakak, kakak tetap syg mama. ngeh3.. well, i got it from my momma!!

mama suka mee kari




mama ngan along

ayat fav mama klu ada orang puji2 aku: i got it from my momma

Saturday, May 8, 2010

i'm SORRY for everything

dear YOU
im so sorry

im sorry i cant be a good friend

im sorry i cant make you happy

im sorry that i hurt you

i dont know what i done wrong. educate me. show me the way. dont just kick me out of your life. i called you but you didnt pick up the phone. i text you but you didnt reply any.

yes that time i was pretty damn pissed with you. yes i was kinda rude to you. but hey i'm ok now. to think again, you didnt even feel sorry you hurt me.

and now i need your help, i need you but you turn your back on me. you walked away when i need you the most.



go on and punish me. but dont go breaking my heart like this. dont just keep silent and ignore me. i need you to keep me strong. i need you to make me happy. i want to listen to your silly jokes. i want to know what you did today. i want to know about your new project. i want to know your new ideas. i need to listen to your funny laugh that bright up my life. i want to eat choc with you. i want to watch movies with you.

you light up my darkest night so please come back, because i'm afraid of the dark.


Wednesday, May 5, 2010

im here not to JUDGE

aku menulis sekadar melepaskan rasa yang berbuku dalam hati. bukan untuk menghakimi sape2, ye lah, aku pun siapa nak judge orang, jauh sekali budak law (ape kaitannye izzati?)

dulu kau sendiri kata, tak tak bukan kau tapi kamu semua, kata yang kita adalah sama. tapi hari ni kau dah buktikan yang kau cakap tak serupa bikin. aku ada kisah ape yang aku cakap? even benda tu penting? kalau aku ada nak sampaikan ape2 yg penting ada kau pernah ambil peduli? kau sibuk dengan kau punya hal. your larger than life punya problems. aku nak tanya benda kecik je pun kau buat bodoh je kan?

dulu kau terasa kalau orang tak bagitau kau ape2 tapi sekarang aku nak bagitau kau something kau pulak buat tak tau. ape jenis orang tuh wehh? kau ni orang ke ape? eehh derr, klu lu nak org ikut cara lu, ikut telunjuk pendek lu, lu dgn lu punya cara boleh pergi mampos. gua rasa otak lu dah jahanam.

kau tengok orang bersusah payah buat satu benda ni, tapi kau boleh je senyum. padahal benda tu kita buat bersama. aku nak ajak kau buat bodo je. so dari kerja tak siap, aku jugak yang kena bawak diri sorang2. cuba kau letak diri kau dalam posisi aku. kau agak2 pe yang aku rasa? ehhh jap2. aku lupa. kau tak boleh rasa pape sebab kau memang dilahirkan tanpa perasaan. sebab atas dasar manusia yang dilahirkan berperasaan, mereka tak kan berperangai seperti kau.

maaf aku tak boleh terima perangai kau yang cakap tak serupa bikin tu. lu bikin gua panas. dari gua panas, pas panas gua kat member2 gua, baik gua jauhkan diri gua dari lu.

jadi kat sini aku nak tanya semula. kau rasa2 dengan perangai kau tu, kau agak2 ada orang kisah ke kalau kau nanti sibuk bagitau kat orang kau dipinggirkan? kau agak2 kau boleh ke kau hidup mcm tu? ye lah kan? kerja kau orang lain buat, org cakap kau boleh pergi buat benda lain, kau nak orang ikut cara kau. kau rasa2 tak jelik ke orang lain dengan perangai kau? tak pe, mungkin nnti kau sedar jugak kot. mungkin.

Tuesday, May 4, 2010

roadTRIP

last weekend aku tak dapat nak update blog sbb aku duk merantau ke sana ke sini. ceh macam la jauh sangat merantaunye. aku gi tidur kt rumah kwn aku di subang jaya dengan menaiki bas ke shah alam untuk ke kenduri abg kwn aku di bangi dan dalam perjalanan kembali ke kuantan aku singgah di putrajaya. hah ambik kau. banyak tak tempat aku gi?



masa dah smpai kat shah alam tu, sementara tunggu kwn mak aku habis lepak2 ngan kwn2 dia (yakni kwn2 mak kwn aku tu lepak2 bersama. kau faham tak ni milah?) aku ngan kwn aku mkn kat uncle k kopitiam at SACC Mall. aku teguk hot choc n fries je.. xde selera nak makan. motion sickness plus kepenatan yg amat.

ini la rupa hot choc idaman aku n amal.

balik je rumah kwn aku tu, mandi2... call mama bagitau dah sampai semua, borak2 dgn parents kwn aku tuh pas tu tido. penat seyhhh...

ok esoknye bangun dgn harapan nak menjalankan satu projek ni, tapi melepas sbb dinie xbgtau awal2 dia nak gi kenduri ngn kudin. sebabnye, plan asal aku nak gi buat satu misi nagn amal kat shah alam. pas tu tiba2 dinie nak tumpang gi kenduri, so kiteorg kena ambik dia kat KTM Subang. tapi pagi sabtu tu tiba2 dinie kata dia gi kenduri ngan kudin, pagi almost tgh hari. aku sedih le sbb klu dia bgtau awl2 dpt le aku n amal menjalankan misi tergempar di alam ini bersama amal. tapi ye lahh nak buat mcm mana kan?



aku, dinie, amal n tuan rumah, kayna.


pas tu gi le kenduri, konvoi nagn bad n keon. pas tu sampai, melantak mcm hareeeem pas tu aku terfikir nak gi putrajaya. bukan aku tak pernah gi putrajaya tu. pernah je, tapi dah lama tak pergi. alang2 kajang ngan putrajaya dekat. lagipun aku ada kwn yg dduk putrajaya, so ingt dpt la jumpa kejap. aku call kwn aku tu, tapi kwn aku tu xde kt rumah. dia akt puchong. so xde rezeki disitu untuk jumpa dia.

aku rasa seronok ada kat putrajaya sbb dia bandar yg terancang dan cantik. masa gambar dibawah diambil, aku cakap

aku tak kisah org nak kata aku batak, aku bangga jadi anak malaysia sebab malaysia ada benda nih.

terasa bangga tak? patriotik btl. tak kuasa makkk.




so aku gi masjid besi. then balik kuantan semula. tapi singgah kat taman melawati jap. makan sate. hehehe... the balik. sampai kuantan dalam pukul 1130 mcm tu. mujur mama tak bising. hehehe...

anyway tu satu weekend yg best bila ada roadtrip sama2 ngan kawan. seronok kan spend masa ngan kawan. jadi hargailah sahabat anda dan jangan sia-siakan mereka.

till then..
daaaa....