CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 19, 2010

sila ambil PERHATIAN

baik kamu semua, di sini terdapat beberapa rombakan ok? sila baca elok2. nnti ada yg tak faham. (cheh ayat nak gempak je)

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA (kat blog tak de icon untk underline la)

kepada sesiapa yang berkenaan,

baiklah saya dan kawan study saya, amalina ahmad kamal telah sebulat suara ingin belajar di library dari pagi hingga 1100 malam memandangkan library bukak dari 800 pagi hingga 1100 malam.

pertukaran ini dilakukan kerana peperiksaan professional yang semakin hampir. jadi kami akan bermastautin di library sepanjang hari dan malam.

kepada sesiapa yang ingin mencari kami di asrama, harap maaf, orang yang anda cari tiada dalam bilik (gaya mcm operator ckp maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan)

rombakan ini dibuat di saat-saat akhir kerana pihak kami baru sahaja terfikir akan hal ini. (ketinggalan zaman betul)

juga ingin dimaklumkan, sekiranya anda terjumpa salah seorang dari kami merayau-rayau seperti orang gila, sila maklumkan pihak berkuasa dengan segera atau anda boleh terus hubungi talian kecemasan hospital tanjung rambutan bagi rawatan lanjut.

di samping itu, anda boleh mengambil ubat berwarna hijau dan merah jambu di bilik kami dan bagi kami makan kerana mungkin kami terlupa makan ubat berkenaan akibat terlampau obses dengan peperiksaan. sekiranya ubat telah habis, barbiturat pun boleh tapi kami tak mau morphine. morphine tak best.

kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih

segala kesulitan amat dikesali.

saya yang menurut perintah,
(farah izzati azmi)


*ni blog, so xde sign ye mak cik.
**entry ditulis sebegini rupa akibat otak overload smpai nak terkeluar isi otak dari segala sutur yg ada.

3 other fingers talking:

Dinie Q said...

Eh eh, tg rambutan kat ipoh. Leh la I slalu lawat korg nnt heee :D

Alynn Notnot said...

wow! dah boleh komen! ;) all the best utk exam yah!

Farah Azmi said...

dinie- boleh2.. best la ade pelawat datang nanti. nak biskut cornflakes ek?

alynn- mekacihh lin... jasamu dikenang

Post a Comment