CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 19, 2013

baby steps


BE PATIENCE


stay strong little girl, for good things come to those who wait. dua tahun lagi.



congratulation to final year iium dental students who'll be graduating this november. make us proud!








happy Ramadhan  to all muslims out there! 

Monday, June 24, 2013

tua, baru, pinjam dan biru





"Something old, something new. Something borrowed and something blue."







semoga dipermudahkan exam esok, lusa, dan dua minggu lagi. aminn... 

Sunday, May 5, 2013

membuang undi???

xyah bgtau pun aku rasa semua tau dah harini semua rakyat m'sia yg bukan pengundi awl mengundi harini. kalau bukan semua pun, most of them lah kan.. ade yg xdaftar..... teet.. yg dh daftar tp xgi... teeeet.. ade jugak yg pendaftarannya xjadi... teeeeeet.. sape lah org tu kannn..... =P

well 2 years ago i turned 21 so this time around aku berkobar2 nak pegi mengundi for the very first time. gila cuak maks!! dia punya eksaited campur nervous tu mcm nk gi ambik result SPM. dah tu gi mengundi kat skolah.. 

aku dgn segala kejakunan nye nk cerita pengalaman first time jadi voter ni. yg dh veteran dlm bidang mengundi ni, nak kata aku jakun ke hape aku xkisah. firstimer beb! msti lah peghak (i dunno the correct spelling for dat word which also means jakun) habis kan.. 

so mula2 tu mmg xtau nak undi sape. calon kerajaan ke.. pembangkang ke.. bebas ke.. aku mmg xminat politik ni. serius ckp. full of drama. so aku tgk kt tv.. paper... fb... n others (blogs n online news yg duk cte pasal politik bagai nih) n i came up with my own judgement based on my readings n akal yg Tuhan bagi untk aku fikir yg mn aku rs yg terbaik untk aku undi.. n again, undi itu rahsia. i dont tell people (not even my mum or my bestfriends) who i voted for. so kalau yg bertanya tu i'll just say, "ntah la.. undi kan rahsia.. *smile*" 

tadi ade lah mak cik aku dtg rumah. tnya aku undi sape. bila aku jwb mcm tu, dia ckp, "kau jgn farah. kang kau silap undi dh xbley tukar balik. kang kau duk berdua naik kereta je dia dh tangkap khalwat!" masya-Allah.. smpai mcm tu skali ha mentality dia. aku senyum je. ikut hati nk je jawab balik, "xpe lah mak cik. kalau mcm tu bgus jugak. cepat sikit kawen!" tapi fikir2 balik, kang aku jawab mcm tu ade yg sakit jantung orang tua tu.. naya kau!

anyways melalut jauh kedepan pula kita.. so cerita aku mengundi.. pepagi tu bgun.. lepas siap2 bagai ke dapur.. buat teh o untk mama n roti sapu margerine dgn tabur gula sket kt atas. hehe.. ish3.. contoh yg tidak bagus. oke lah tu dari xmakan lansung ye dak? n then pergi lah mengundi.. ramai orang kat skolah tu. beratur sampai keluar pagar skolah. maka aku beratur smpai kt tmpt org tu bg nombor siri bagai.. n saluran mana.. lepas tu dia tunjuk kt mana kena pegi.. aku gi ngundi kat dewan. bgus, xyah naik tangga masuk kelas kat atas. aku dlm fasa syg lemak skrg. hehe.. 

Q kat saluran bagai tu agak panjang jugak. hari dh 8lebih.. agak panas jugak.. cine blakang aku dh brape kali menguap xtahan ngantuk. tetiba abg depan aku duk pusing blakang mintak aku tlg pggkan kertas nombor siri dia, dia nk gi tgk anak dia. aku dh mcm ... errrr... ok.. dalam hati alamak, aku nk buat ape ni? dah tu muka mamat tu bley tahan serupa bangsa pengundi hantu yg diwawarkan ramai dlm fb. kang xpasal2 aku jadi mangsa sindiket ntah pape mcm mn? mane lah tau kan???

duk tggu tu mana lah mamat ni. cpt lah sikit.. dah tu hari dh nk panas ni.. amoi blakang aku dh nguap2 xtahan ngantuk menunggu Q panjang. selari dgn barisan Q saluran 6 tu adalah barisan saluran 5. tetiba duk ttgu tu.....

PROOOOOOOTTTTT

ade pulak yg melepas angin!!!! adoilaaaaaa.... nervous sngt agaknye kot.. hahaha... trus jadi senyap kejap. pastu org2 sambung borak2 balik.. huuu aka-awkwarddddd..........

n then beberapa minit kemudian mamat yg tinggalkan kertas no giliran dia tu pun dtg smula.. Q mcm biasa.. aku kebosanan duk tgk sana tgk sini.. dh xreti dduk diam sebab bosan tggu lama. lepas tu mamat tu mintak amoi depan dia pulak yg pggkan kertas dia. amoi tu serba salah nk pgg, pggkan lah jugak. ohh yg aku perasan, tmpt aku mengundi tu ramai gile org cine. ye lah aku pun dduk kwsn cine. jiran almost 75% cine. maka mengundi dgn org cine je lah.. xpe aku xkisah pun, asal aku siap undi aku nk ikut mama gi pasar. yeahh!! 

amoi yg tlg pggkan kertas undi mamat tu dh resah gelisah sbb dah nk turn dia masuk dewan nk ngundi. tapi batang idung mamat tu xnampak lg. mane pegi? n finally, he came. huu aku dh makin nervous nk msuk dewan nk ngundi. mcm2 aku fikir.. kalau kertas undi kotor mcm mn? klu terkena ink tu mcm mn? kalau kertas aku kira undi rosak mcm mn? waaa tidakkk.. n then finally encik polis yg jaga pintu tu suruh aku masuk..

dup dap dup dap.. cover macho sket jalan masuk dewan. bagi IC dgn no giliran tu. pastu akak tu sebut nama aku kuat2 "HALAMAN 10 NOMBOR 2678. JAMILAH BINTI MAMAT 780613065788" (fiction semata-mata).. n then aku dicat jari dgn the so called dakwat kekal. n then org tu bg 2 kertas undi.. satu oren, satu kuning cair.. 

lepas tu dgn nervousnya aku pegi meja undi, gi lah pangkah mana patut.. sblum tu check dulu pen ade dakwat x.. conteng sket kat kotak penghadang meja undi tu. oke ade ink! berehh!! bukak kertas undi yg dah di pre-lipat oleh akak petugas SPR.. sambil tu baca bismillah bagai.. kertas undi DUN ade 2 calon. parti dacing dgn parti 2 bulan sabit. tgn terketar-ketar pangkah calon pilihan hati. punya nervous smpai pangkah aku tu xsmooth lansung. jagged habis! 

lepas tu bukak pulak kertas undi untk parlimen dgn berhati2 takut kertas undi kena ink yg xreti nk kering lagi ni.. ade 3 calon. sorg parti dacing, sorang lagi parti kunci, sorang lagi parti bulan sabit 2 ketul. aku pun pangkah yang mana patut sambil baca bismillah.. semoga calon yg aku pilih ni org yg selayaknya jadi pemimpin kt tempat aku. kununnyeeeeee.. haha.. and just like my ballot paper untk DUN, my pangkah isnt smooth, jagged sket. nampak sngt nervousnye first time ngundi kann? hehe.. 

dgn penuh rasa bangga aku pun lipat balik kertas tu n then masukkan kat kotak yg sepatutnya.. ade mak cik tolong bukak kan slot peti undi guna pembaris kayu. aku senyum je kat mak cik tu sambil ckp terima kasih kat dia. dalam hati, yay!! aku dh laksanakan tanggungjawab aku sbgai rakyat malaysia!! aku dh pegi mengundi!! weeee  =D

n then keluar skolah tu pergi jmpe mama ckp dh siap undi. mama gelak je. anak dara dia pegi undi for d first time. besor dh anak aku ni, nk gi ngundi dia.. hihihi.. 

anyways, gambar undi ade tp kabel fon xbawak.. so......... tgk lah gambar pekan the cat ni tgh minum air ye..


i just loooove his big round almond eyes!! 

pape pun result mlm ni nnti, aku doakan yg terbaik untk negara kita. God knows best.. yg xpergi mengundi lagi, sila2 lah mengundi ye. xsusah pun.. yg xregister lagi, lepas ni sila pergi register. aku dulu register kat booth puteri UMNO sebelah benteng. diaorg ajak jd puteri umno, aku tolak dgn sopan. xberminat nak involve dgn politik.

kalau 1 hari nanti aku tetiba gatal nk jadi politician, aku nk buat parti gigi lah boleh? =D xpun parti kucing, gambar pekan.. hihi..





pelik, kenapa nama dia membuang undi? kita xbuang undi tu. kita masukkan dlm peti undi..

Tuesday, April 16, 2013

analogi sebuah KEHIDUPAN




life is so much like your're playing see-saw; sometimes you'll be on top, sometimes you will be at the bottom.

just when you think that you're on top of the world-like you own everything, you can see everything clearly from your point of view, suddenly something is taken away from you (say trust, belongings, the person so dear to you) and next thing you know, you're at the bottom-so hopeless and so not cool. you try to get up, you want to be on top again. you kick your feet on the ground and there you are, exuberantly up in the air enjoying your victory.

that's life you know.

if you do not try anything to rise up again after every meltdown and be proud of yourself for what you have been through or keep on regretting things that happened around you, then you can just stay down there hoping someday someone will come by and help you out. yes they'll help you but are you going to help yourself?

you can never expect to be on top or at the bottom like all the time. rule of see-saw (as proposed by moi =P ) if you play alone, you'll always stay on the ground. if you are always on top, you're just selfish. if you're in between, then you're just plain boring.

there's no fun in playing the see-saw if you're all alone or you're see-saw is not moving, right?








im so friggin happy for you mummy guppy! =D remember, no more smoking and drinking after this. its not good for the baby. =P

Tuesday, March 26, 2013

giving up on you


You know, foolishness is a disease. I hope you both get well soon. Because ignorance is its terminal stage, and once you're in it, there'll be no cure. 



aku tulis post ni khas untuk kau, dengan harapan kau baca dan terasa pedas dan bahangnya. kalau kau xbaca, xpe. at least aku dah luahkan ape yg aku rasa sekian lama dan aku xrasa aku mampu nak tahan dah rasa yg dah semacam rojak dalam hati aku ni. rojak sedap xpe jugak. ni dah peram dekat nak setahun lebih.

ya visi dan misi aku dan kau berbeza. ya aku tak nampak apa yang kau nampak dan apa yang kau cari dalam hidup. ya aku tak melihat dunia kau dari sudut pandangan kau. tapi aku disini bercakap sebagai seorang teman yang melihat dari sudut pandangan aku sendiri, melihat hidup kau terpampang dihadapan aku paling kurang 5-6 jam sehari untuk 4 hari seminggu; kerana itu sahaja masa yang aku ada untuk memerhatikan kau dari jauh. aku bercakap sebagai seorang teman yang kecewa, sedih, marah dan geram. seorang kawan yang sudah putus asa kerana tiada tanda penghargaan ditaburkan dari kata-kata mahupun tingkah laku kau. aku bukan hidup mengharapkan pujian dari kau. tapi kalau aku asyik memberi dan kau menerima, di penghujung cerita apa saja yang tinggal pada aku? 

kawan, kau masih muda. jiwa kau jiwa muda. jangan biarkan yg durjana itu menghalang kau dari mengecapi segala kebahagiaan, masam manis kehidupan yang dunia ada untuk kau. segala warna-warna hidup untuk kau calitkan dalam kanvas hidup kau. kau punya pilihan. ya, si durjana itu punya kuasa veto ke atas kau, tapi adakah kau seekor lembu yang bisa dicucuk hidung dan ditarik2 ke hulu kehilir mengikut suka sang pengembala rakus? kau manusia, kau wanita bijak dan berani. mana wanita itu sekarang? ke mana hilangnya wanita itu, gagal aku temui. aku rindu akan semangat dan jenaka dari wanita itu. kerana dia kawan aku, dan aku benci si durjana itu sampai mata tidak lagi boleh melihat, sampai dada gagal bernafas.

aku mahu kau gengam kejayaan dua dunia yang kau ceburi. berbuih bibirku melontar nasihat. semua ibarat air dan daun keladi. aku kecewa. kau bukan tak bijak. kau perlu sedikit usaha dan aku pasti kau akan berjaya. kalau kau sudah tak cakna, aku tak boleh berbicara lebih. nanti khuatir dikatakan menjaga tepi kain orang. tapi ini soal kawan aku sendiri. mana mungkin aku nak berdiam diri. tapi kawan, kalau kau sudah tak ambil peduli, aku pun dah penat nak ambil kisah. lepas ni, jangan kata aku dah tak ambil pusing hal kau. aku dah penat. kita peduli tapi empunya tuan tak nak berubah, aku tak boleh nak tolong. kalau kau sejuk di hutan tebal, aku boleh sarankan kau nyalakan api. tapi kalau kau sendiri tak nak nyalakan api, itu nasib kau, kau sendiri nak kesejukan. 

kau suka bermain dengan kata2 petikan yang kau selitkan dengan nama Tuhan. maka aku juga mahu selitkan untuk kau petikan dari surat cinta dari Tuhan. "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka." maaf aku bukan hafizah, aku tidak tahu ayat dari surah yang mana tapi aku tahu ayat itu wujud. 

kau kata aku tidak akan pernah memahami apa yang kau lalui kerana aku belum dalam fasa yang sama dengan kau. ya, aku mungkin tidak akan faham apa yang kau lalui. tapi aku bingung kenapa kau sewenang-wenangnya ibarat orang kehilangan akal waras setelah kau dengan si durjana itu. jujur aku katakan aku membenci si durjana itu saat kau mula berbicara tentang dia di awal perkenalan kalian. jujur aku katakan aku tidak merestui apa yang kalian ada sekarang. tapi yelah, siapalah aku dan apa sajalah restu aku boleh buat dengan hubungan kalian. aku hanya orang luar. orang luar yang memerhati dari sudut pandangan yang kau gagal lihat. sudut pandangan yang kau lupa untuk lihat. 

teman yang lain juga sama status dengan kau. ya si durjana itu yang utama untuk kau. tapi adakah bermakna kau boleh membelakangkan keluarga kau? teman-teman kau? siapa kau tanpa keluarga kau? fikirkan harapan mereka. fikirkan perasaan mereka. perasaan yang tersirat dan tersurat. yang mereka pamerkan dan yang mereka sembunyi dari kau demi menjaga hati kau. lagi sekali, siapalah aku untuk bercakap lebih. aku hanya orang luar. dan aku tidak mungkin akan faham kerana aku tidak sama status dengan kau. tapi ingat kata-kata aku kawan. di saat aku berada dalam fasa yang sama dengan kau, akan aku tuntut penerangan dari kau, bahagian mana yang kau pernah katakan bahawa aku tidak akan faham mengenai kehidupan berdua kau yang pada waktu itu, aku masih belum hidup berdua. akan aku tuntut penerangan dari kau. aku tuntut. aku bersumpah akan aku tuntut. 

si durjana itu kalau dia peka dengan tanggungjawab yang digalas dibahunya, pasti akan dia fikir mengenai dunia lagi satu yang kalian tidak kongsi bersama. pasti dia menyokong kau mengengam kejayaan dunia kedua kau. bagaimana tidak kau lihat semua ini? bagaimana kau boleh jadi begitu lemah dengan si durjana itu? aku tanyakan sekali lagi pada kau. adakah kau benar-benar rasa kau perlu lelaki seperti itu menyokong hidup kau saban hari sampai mati? sekali lagi aku katakan, kau punya pilihan. dan kau juga mampu mengubah beberapa perkara. tolonglah jangan menjadi lembu. kawanku manusia, bukan haiwan tak punya akal fikiran waras. mungkin benar Tuhan beri si durjana itu khas untuk kau, supaya kau jadi wanita kuat, bukan terus jatuh rebah menyerah dan beserah dengan segala apa yang berlaku. kau bukan begitu yang aku kenal. 

kau pernah berkata, kau berharap hubungan kita tidak akan berubah dek badai yang menimpa februari lepas. aku ingin kau tahu, hubungan kita telah pun berubah. bukan aku seorang tapi teman yang lain juga merasakan begitu. jangan mengharap aku seperti dulu melayan kau. aku sudah penat. aku sudah penat risau pada orang yang tidak risau akan nasib sendiri. aku sudah penat merasa marah. aku sudah penat membenci. aku dan yang lain sudah penat. apa yang kau mahu buat dalam hidup, silakan. andai kau mahu keluar dari dunia yang kau kongsi bersama kami tetapi bukan dengan si durjana itu, silakan.. kerana aku yakin, kau pasti ingin bersama si durjana itu dalam dunia kalian, satu dunia yang mana tidak kami kongsi bersama. 

andai kami tidak memberi sebarang faedah dalam hidup kalian, tak mengapa. tidak perlu si durjana itu menghalau aku, aku dengan berbesar hati akan keluar dari hidup kalian. kerana sejujurnya jauh dalam hati, aku mahu tamatkan riwayatnya andai membunuh itu bukan satu dosa. 

aku tidak akan meminta maaf dari kau andai kau terasa dengan karangan aku. aku tidak akan pernah rasa aku melakukan perkara yang salah. aku tidak akan pernah lupa kau. aku tidak akan lupa mendoakan kau dari jauh. dan aku tidak akan pernah rasa senang dengan si durjana itu, walau sekelumit pun.







dan kawan yang baik kepada kawannya yang lain akan cuba faham kawannya.....

Tuesday, March 5, 2013

sentapzz!!



tin kosong
bodoh sombong

apelah function mereka2 di atas muka bumi ni. buat sakit jiwa je.

aku rasa kewujudan kau haram tiada gunanya. buat penat je dilahirkan di dunia ni. ehh kenapa kau melatah? kau terasa kau tu tak berguna ke? ade aku sebut nama kau? kot kalau terasa diri tu tak berguna dek kerana post ni, sila lah buat diri tu berguna sikit. jangan syok sendiri.

nak cakap pasal orang lain, sila cermin diri tu dulu sebelum menuding jari menyalahkan orang lain. jangan hanya kerana mata kau gagal melihat, kau mengeji mengata. kaji dulu baru nak bercakap, baru tak de lah obvious sangat kau tu berakal tapi akal gagal berfungsi.






kepala berdenyut lagi...

Sunday, March 3, 2013

fenink!!



kalau agak nak buat program/event yg bercelaru pastu xnak dengar ckp org, xnk org tolong, xyah letak aku jadi komiti. dont even think of inviting me to the program. jgn nak tambah pening kepala aku. faham?

jgn sampai aku buat 1 post kat blog pasal kepeningan aku. tgh bersabar ni.








tahniah kontinjen MRSM Kuantan yg menang best overall MRSM masa Minggu Bahasa Zon Timur kat MRSM Kuala Krai! papepun, KKB tetap dihati! =D

Thursday, February 28, 2013

that awkward moment #1



you know you're in the peak of your reproductive period/age when your colleagues talk about their babies in the locker/changing room during lunch break. 


ohh how time flies so swiftly away leaving us without warnings. time has little effects on me- i'm still young, don't worry young man! ;-)





aku mahu pergi ke pesta jualan buku besar-besaran. ada orang sudi bawa aku pergi?

Sunday, January 20, 2013

dull boring pain


chief complain : pain at the lower back left and right jaw (especially on the right side)
history of chief complain :

  • site : as mentioned above
  • onset : sudden
  • characteristic : as the title of the post 
  • radiation : pain is localized
  • associated symptoms : palpable and tender lymph node, irritability
  • time : 20 minutes?? maybe???
  • exacerbating and relieving factors : pain worsen on mastication and any pressure on the retromolar pad area
  • severity : SAKIT GILA NAK MAKAN KAU TAU X??? AKU NAK MAKAN LAH.. RETI BAHASA??? 

dalam bahasa lain... aku sakit gigi. gigi bongsu nak keluar. nak keluar tu keluar je lah, xyah nak menyusahkan org. kalau nak menyusahkan org lain, duk dalam tulang tu diam-diam. faham? 

rasa mcm nak pegi UIA nak mintak cabutkan gigi ni by doc nazih ke, doc lini ke, dato' ke.. xkisah la sape2.. ke nak buat operculectomy pun aku xkisah. asal xsakit n aku dapat makan. hemph! 

tapi....... doc iswan xbg buang gigi bongsu lagi selagi treatment ortho xhabis.... mcm mn ni? =(






hidung xmancung, pipi tersorong-sorong. hapa daaaa...

Tuesday, January 15, 2013

DENGAR ni aku nak CAKAP!!!



aku rasa semua (atau mungkin majoriti) sedia maklum akan video yang dimuat naik oleh TvMyMahasiswa beberapa hari lepas. cerita pasal Cik Bawani dengan Kak Seripah kita tu..

aku sejujurnya mmg ntah brape kali menepuk dahi dan tergelak tengok video tu. mengeleng kepala apetah lagi. sejujurnya juga aku ada beberapa perkara yang aku ingin komen tapi aku kurang yakin dengan penggunaan bahasa dan gaya penulisan yang bakal aku guna nanti; mungkin akan menyebabkan fitnah di kemudian hari. almaklum saje lah... aku bukan student linguistic. aku pun dah lama meninggalkan alam persekolahan. dah hilang skill tulis esei BM yang berfakta-fakta ala2 nak pergi berbahas piala perdana menteri siap dengan ayat power sekali dgn vocabulary yang ala-ala kamus dewan.

tapi aku ada terbaca seorang hamba Allah ni menulis di dalam internet. sungguh, ape yang dia sampaikan, itulah yang ada dalam kepala-otak-separa-tepu-sebab-exam aku ni. and of course, cara penyampaian dia lebih bagus, kata mmg journalist kan.. hihi..

aku setuju dengan setiap bait kata yang dia lontarkan. Zul Fikri Zamir, you read my mind!

sila tekan tekan klik klik disini untuk baca dengan lebih lanjut. enjoy!


cuba bayangkan skali kuar adegan tarik2 rambut, gigit2 telinga..... awesomee gak kan?? drama gila kau!









3 hari... seksanya menanggung beban ni. sabar hati sabar..

Thursday, January 10, 2013

roller-coaster emosi

salaaaamm uols!!!

ini hari mmg hari yg betul2 mencabar jiwa raga dan emosi aku. seawal pukul 8 kelas dah start mcm biasa. lepas tu klinik start pkul 10pg. pagi ni sesi klinik buat gigi palsu. maka harini tadi ingt nak buat MMR kat sorang kakak ni. semalam aku berhempas pulas buat bite rim dia, punya semangat nak buat MMR harini kan. sekali datang sorang supervisor aku nih, dia suruh aku buat base plate balik sebab base plate aku tu xretentive. aku mmg super duper bengang n sedih segala sebab aku xnk mntk supervision dia pun sbnrnya. aku nak org lain skali dia boleh dtg ngendeng kat aku. ciss!!

kalau dgn supervisor lain, boleh je setel masalah tu dlm 1 visit. masalahnya selama ni org duk buat xretentive, x extend betul2, ok je. haiss. malas aku nak cakap lebih. kang yg susah aku. alik2 biar je lah aku let go perasaan tu sorg2..


maka pagi tu terkeluarlah barang setitik dua air mata wanita aku ni ha sebab marah, kecewa, sedih kat supervisor aku tu. ciss!! mmg aku xbley lupa ape dia buat kat aku. hemph!

tengahari tu pulak aku balik n bukak fb. sekali aku baca komen cikgu aku zaman kat mrsm dulu, dia komen kat wish bday yg aku wishkan kat dia.. (ayat dh berbelit serupa ape dah)

cikgu aku tu komen lebih kurang ayat dia, mintak Allah berikan kejayaan di dunia n akhirat untk anak murid dia yg sorg ni sebab ingat kat Dia n dia.. huuu.. terharu aku bhaiii.. duk tgh sedih supervisor aku ckp mcm tu, aku bc komen cikgu aku, trus terharu. ape lg.. menangis lg. aiyooo.. murah betul air mata aku hari ni. kuar senang2 je.. haiss..

maka petang tadi pulak around pkul 3 lebih mcm tu Dan msg aku ckp result interview dia dah kuar. huwaaaaa nerves mak!!! malangnya nak bukak check kat laman web MARA xbley sebab  server jem ramai sngt org nak check. kawan2 dia, Dwan dapat kat Kuala Terengganu, manakala Fatin dpt kat JB.. huu.. mintak2 la dia xdpt jauh2.. huuu.. tidakkk..

tunggu punya tunggu.. sampai la pkul 5 lebih mcm tu.. aku ade kelas ganti Dr Munirah petang tu. sambil tu xdduk diam kau nyah punya nerves mengalahkan bapak tggu bini nak beranak kat luar OT. haiss.. berdebar2.. suddenly Dan msg aku...

"kalau I bgtau tmpt I dpt mana dun scream okay?"

aku dah macam.. alamak.. gaya mcm dpt dekat je..

"ok.. dapat mana? umm.." 

dalam hati tu masya-Allah Tuhan je lah yg tahu kau! 

nak tunggu dia reply pun aku dah takut. tgn dah rasa kebas. dah xreti duk diam. serupa cacing kepanasan.. huuu tidakkk. sabo sabo sabo. akhirnya xkurang dari 1 minit dia reply...





"I dapat........... KUANTAN! =D"

GIYAHHHH!!!!! hepi gila mak noks!!! aku dah macam ape eksaited dlm kelas tu. nak jerit xbley lecturer kat depan. mujur aku duk blakang skali. bley la tergedik2 buat gestures hepi sakan. hehehe.. sumpah mmg hepi gila lah time tu. Tuhan je yg tau, xcaye tnya Elia ngan Kayna. kekeke...




so uols, i happy la uols kan because my boiperen got posted here. very near, u know. but i cannot go dating2 all the time u know. because nnti my mum will hambat us with parang. kekeke... sorry la uols, iols nak speaking london kejap.. hepi kan boiperen jd ticer kat mrsm kuantan, cuma 5-10 minit dari rumah iols.. hehehe...

sila benarkan sy bergedik selama 2-3 hari ni.. sebab isnin depan saya ade exam. terima kasih.. =D

oke semalam tido lambat bnyk keje kena buat. harini ingt nk tido awal. tp ni awl sngt ni. ape cite korang harini? ade roller coaster emosi jugak serupa aku? ce cte ce cte.. =D





tu petanda besar!!! aaaahahhh!! =D

Tuesday, January 8, 2013

ZETY!! this is for you! =D

hellooooooooo people!!

wassap yaww!

i know i know its been forever since the previous post dated....... 19/9/2012.. well xde la lama mana sngt.. baru beberapa bulan. perasan forever sekejap. nevermind!

kawan2 aku bertanya, "farah bila nak update blog?" "awat lama xnmpk post ang?" dan pertanyaan yg seumpama dgnnya.. ade jugak yg setia tggu bila aku nak update blog (kan zety kan?) sampai sms pepagi buta tanya bila aku nak update blog. wahh tetiba aku nak perasan retiss kejap. hihi.. alia farina, kasi chance sket kat aku kejap ye ambik title kau barang sejam dua je.. =P

okeyh kenapa aku dah lama xupdate blog....

bukan sebab aku sibuk. memang xdinafikan aku sibuk tapi kesibukan bukan faktor utama aku xdpt update blog. aku ade je masa free.. dulu pun sibuk jugak tp still curik masa sket barang 15minit nak update blog.

jadi kenapa xupdate?

aku hilang semangat nak update. ada beberapa perkara yg buat aku rasa aku mahu berehat. jadi aku ambik keputusan untk bagi jari2 aku berehat sekejap dan nanti aku sambung lagi. dan nilah hasilnya!! harini aku update jugak kan?

so sepanjang 3 bulan menyepi.......xde la bnyk sngt benda yg jadi. tapi ade juga beberapa perkara yg aku kalau boleh nak lepaskan tulis kat blog. tapi aku xnk sebab nanti aku kena kondem lagi dgn org. so aku malas. nanti elok aku nak rasa lega by writing it down what my heart wanna say tetiba ade makhluk tetiba kata macam2 terus aku down. so yeah.. no writing then.

dlm masa 3 bulan tu, aku bertukar usia jadi 23 tahun. tua dah ha anak Azmi yg sorg ni.. aigooo tahun ni jd 24 ehh? aiyooo.. n ohh!! speaking of tahun ni, aku ade azam tahun baru yang baru dan buat pertama kalinya tetiba aku ade azam tahun baru kan.. hehe.. azam tahun baru tu....... xbley bgtau ape. private n confidential. yg pasti jgn nak buat spekulasi konon aku nak kawen ke bagai ehh? xde kaitan lansung.

sepanjang aku menyepi tu jugak, 2 best friend aku selamat berumah tangga dgn pasangan pilihan masing2.. Khairina a.k.a kayna and Elia Farhana a.k.a elia..

 Puan Elia dan dayang-dayang.. 

too bad aku xde gambar kayna kawen dlm simpanan aku. xpe korg tgk je blog dia, bley la tgk gmbr dia kawen..

macam2 hal jadi time diaorg ni kawen. maunye migrain aku ha.. mmg dh migrain pun.. tp xpe, kawan punya pasal, tarak hal punya! =D

aku doakan korg berdua, dan semua pasangan pengantin baru diluar sana berbahagia la ye sampai syurga bersama pasangan masing-masing. semoga perkahwinan kamu2 semua diberkati.. aminnnn......

maka bila dah 2 bestfriend kawen kan, ade la suara2 duk tnya.... "hah farah, kau bila???"


 amboii!! kemain kau nyah! 

meh ni sponsor sket kat aku duit boleh la aku kawen cepat sket..

people out there.. org kawen cpt ke, lambat ke, bukan masalah kau.. dia nak kawen ade dia mintak duit dari kau? xde kan? (ke ade???) n to those yg dh kawen n duk poyo2 kau dah kawen kat org yg xkawen lg, meh ni digest sket kata2 yg dilontarkan oleh encik daniel azere

"It is not a race. You don't have to state the obvious."

jadi xyah la nak duk overloaded tayang satu dunia kau dah kawen dgn post2 gedik atau perilaku2 yang korang boleh simpan dalam bilik dgn laki/bini kau je. org lain pun kawen jugak. xde over pun. ingt, org lain jugak punya perasaan, punya pemikiran. kalau kau rasa boleh, "kisah ape aku, aku dah kawen." ingat lah korang bahawasenya orang lain mungkin boleh kata, "eeee tolong la, tau la dah kawen, chill boleh x? duk PDA sana sini, ingt duk amerika ke??"

btw, PDA bermaksud Public Display of Affection.

nasihat ye diatas tu, bukan niat nak mengata. kot terasa nasib kau lah. nampak sngt kau penah buat kan.. kan........ =P

minggu depan aku ade exam end block 2. selalu kalau org time exam dia stop blogging. tapi yg aku perasan, aku bnyk update blog time exam. sebab tension study la kununnye. nk rehatkan minda kejap.. huhu.. so kita tgk la ape jadi musim exam minggu depan mcm mana ehh?

oke beybeh! aku lapar gile. pg tadi sempat makan nasi lemak dgn horlicks suam je (minuman rutin aku. abg cafe tu dh tau aku nk air ape xyah tnya dah).. lunch pun xsempat. whats for dinner??

burger ayam special 1 bang!! 

oke nak makan.. bye! omnomnomm!!






aku paling xsuka makhluk yg interfere keje aku yg dah separuh jalan aku buat. dah tu masuk campur hal keje org, materials yg aku dah sediakan pun kau nak rembat. banyak cantik muka kau. nak aku kasi cop tangan aku kat situ, kasi cantik lg? 

Wednesday, September 19, 2012

post kasi muntah rainbow sebaldi

ini punya post, boleh buat kau rasa nak lempang aku beratus2 kali sambil kau muntah hijau 7 hari 7 malam. tapi ni aku nak bagitau sket.. ADE AKU KESAH?????

aku balik dari hospital tadi lebih kurang kul 1030pm mcm tu.. trus on lappy sebab nak buat keje2 ceti kelas sket.. pastu as usual bukak fb lah kan? kikiki... so aku bukak2 je tgk ade beberapa notification, msg dri skulmate aku, ngan 1 friend request. aku ingtkan junior classmate aku tetiba org lain.. pompuan. farah XXX nama dia. xde mutual friend. sape plak minah ni?

so aku klik kat nama minah tu.. ohh budak study BEN kat CFS rupanya, year 2012. baru je lg ni masuk uia pj.. bila baca tu trus aku terfikir "student nazriq kot!!" tapi mcm xsure la jugak.. 

aku msg Dan tnya dia kot2 la dia kenal minah tu.. kot lah kan.. mmg la pak cik tu xkenal sama itu budak. pastu demi nak mengesahkan instinct aku, aku msg nazriq, tnya ade x student dia nama minah tu. DIA CAKAP ADE!!!

ape lagi ter sentak aku!! ape ke jadah minah ni nak add aku?? kot nak stalk nazriq pun xyah la nak add aku. gi lah add awek dia, ye dak? kikiki... 

nazriq pun seperti aku xtau ape motif sebenar minah tu nak add aku kat fb. Dan lagi lah pelik. aku apetah lagi. tapi nazriq buat conclusion, mungkin dia (minah yg add aku tu) duk Google nama nazriq pastu blog aku terkeluar.. pastu minah tu duk baca2 blog aku dia pun rasa cam "sedap la pulak blog kawan Sir Nazriq ni. ala-ala blog Maria Elena lah. cuma blog Maria Elena lagi gempaks. aku nak add dia lah kat fb!!" (kikiki.... perasan tahap moksya dah tu kau!!)

ohh hai anda semua!! kalau xtahan baca sila ambik baldi tadah muntah rainbow anda ye.. kikiki... (gelak sopan tutup mulut.)

ohh perasan sangat kau tu jahh!! hihihi... xheran... bila lg nk perasan klu bukan sekarang.. sape lg nk angkat bakul yg kita masuk klu bkn kita sndri.. kikiki... org lain cuma tau mengutuk mengata tp kte sndri jugak yg selalu puji diri kita klu kita buat pape kan? ye dak? ke tu statement org perasan je? hihihhi...

okey, sape nak sign otograp aku? pat pat.. i'm not free all day! =P

anyway, terima kasih la kat Farah XXX tu sebab add aku xkira la atas sebab ape pun.. sebab mak cik tu aku ade idea nk tulis ape. kan lama pause dgn post lama.. sebab bnyk keje n idea dh pupus bila tetiba teringat nk tulis. hihi.. trima kasih ye.. 

okelah aku suda mau tido.. esok kena bgun awal pagi, untung la sape2 yg kelas start lambat tu.. boleh bgun tghari. gnite all!!







sekor2 henfon kemain canggih, iPad, tablet boleh kata sorang satu. kete kemain gempak. makan kat tempat mahal2. tapi bila bab dgn ilmu, nk beli buku, kemain kedekut lagi. xbaik tau kedekut dgn ilmu.. ilmu xpenah berkira dgn kita, kenapa kita nk berkira dgn ilmu? 

Sunday, September 2, 2012

#2wrath

ahcerrr tekan klik2 dekat sini... mai la tekan2.. xde spam2 punya.. turst me beybeh.. baca sampai habis dulu.. aku nk ke dapur minum air kejap. sat gi aku sambung cerita...

*

*

*

*

*

(hemm.... air anggur ni cam best je.. sejuk plak tu)

*

*

*

*

*

*

dah habis baca? gud gud.. ape komen korang? ape pendapat korang?

meh ni aku nk bgtau ape pendapat aku. ingin aku tekan kan disini, aku punya pendapat ni bukan dipengaruhi oleh faktor2 seperti aku ade mak sedara pak sedara keje cikgu, boiperen bakal cikgu, atau impian terdahulu nak jadi cikgu.. tade lansung. ini pendapat datang telus dari hati.. telusss telusssssss...

hoi cik liyana. ehh jap, kau ceyana kan? (alolo nyomey nye nick name iyeee... hakktuii!!) kau mmg dasar pompuan xreti kenang budi kan? (kau guna bahasa kurang sopan, meh aku guna bahasa kurang sopan jugak. nak berlembut dgn org serupa kau mmg aku xreti)

kau kata kerja cikgu tu senang, gaji besau, keje kejap je dlm kul 2 mcm tu cikgu2 dah blah berambus balik rumah. cuba kau cakap sket kat aku keje ape je kat dalam dunia ni yg senang.. doctors, lawyers, teachers, and whatever not semua kerja tak senang beb demi nk dptkan duit nk bagi anak bini makan. lain lah kau tu mmg dasar born with silver spoon, xpe lah.. goyang kaki pun dpt duit, tu belakang kira.. kau reti x mksud silver spoon tu? ohh lupa plak. kau kan engineer.. ilmu kau berkembang.. xmcm cikgu2 bio.. atau sekadar student dentistry mcm aku ni.. kau jeles sngt cikgu balik awal keje senang gaji besau, asal kau xberhenti jadi engineer, jadi cikgu terus? aku bet kau msti jadi cikgu yg berwibawa habis. confirm nnti anak2 murid kau hebat2 top student kat Malaysia ni. pastu kau jadi guru cemerlang peringkat kebangsaan setiap tahun sampai kau pencen.

okey cikgu cuti banyak.. dah nama keje cikgu skolah, time cuti skolah diaorg cuti lah. xkn nak gi skolah gak. kau nk ngajar sape? mak cik tukang sapu? kucing2 kat skolah tu? kau ni bangang ke ape? woii bahalul, kalau kau nak tau, time cuti skolah, bukan cikgu2 ni buat derk je kat rumah goyang kaki.. bnyk lg keje lain.. tanda paper exam students, ready kan lesson plan.. buat jadual kelas untk thun depan.. plan aktiviti skolah klu yg ade pgg jawatan.. plan sana sini.. meeting jugak lagi.. mane aku tau?? kan aku kata, aku ade mak cik pak cik keje cikgu.. kalau cuti skolah dulu2 aku selalu je gi rumah diaorg jmpe kazen2 aku.. time kat umah diaorg aku tgk mak cik aku duk buat keje2 skolah dia.. kau xtau pape, nak cakap lebih. sumpah aku cukup benci dgn golongan manusia mcm ni. xreti buat cara xreti la pompuan.

okey masuk bab cikgu2 update blog berniaga bagai.. woi pompuan, diaorg duk ber blog bagai ade kacau idup kau ke? tu personal life diaorg nk ber blog semua.. yg kau tu engineer, duk ber blog bagai ni asal? gi lah keje tuh.. kang mesin2 rosak, bangunan runtuh, bahan2 kimia salah isi kang, xke naya?? cakap orang konon.. poooooodahhhh!! kalau kau nak kata aku student, gi blaja nun. mehh ni aku nak jawab "akak, sy tgh cuti nih.. xmsuk academic year baru pun lagi.. akak ni gile ke ape?? nerd pun agak2 lah.. nak nerd xde life, sorang2 sudah.. xyah nak drag org lain skali". kalau dgn cara ber blog/FB tu boleh de-stress cikgu2 tu, xke bagus. yg kau sibuk sngt cikgu2 ni duk ber blog fb bagai ni kenapa? kau ni mmg ade masalah mental lah pompuan.. ok bab berniaga pulak.. ape salahnya kalau cikgu2 tu nak berniaga kalau nk tambah pendapatan, menyara keluarga.. mencari rezeki yg halal.. xsalah kan? kau duk marah2 xbg diaorg berniaga, kang satgi sekor2 pakat mai umah ang mintak duit kat ang bru ang tau! hailaaa ape punya org la kau ni..

aku kesian lah kat kau, baru kau sedar ye, maths kena bnyk buat latihan, sejarah kena bnyk baca, BM kena bnyk baca, maths ngan fizik bley selesai guna bnyk2 cara.. serious aku kesian dgn kau.. sebab dari aku umur 10 thun lg aku mmg tau maths kena buat bnyk latihan.. start msuk form 4 aku tau add maths ngan fizik boleh selesaikan guna beberapa cara.. sejak form 1 aku tau sejarah kena bnyk baca baru bley faham n ingat.. kesian kau.. haihh.. sumpah aku simpati dgn nasib yg menimpa kau. aku rasa kau dah boleh gi jumpa doctor.. check mana2 patut, kot tetiba jadi OKU masalah pembelajaran kan, lambat pick up..

next! issue multi purpose pulak.. okeyh pompuan.. ape nama kau, ceyana kan? (heii berbulu betul aku dgn nick name kau ni, asal cam gedik sngt?) cuba kau imagine lah kan.. lets say..... adik kau.. atau ank kau.. pegi skolah.. skali kot terjatuh mana2 patah riuk berdarah sana sini, gigi tercabut, pengsan, eksiden basikal, keracunan makanan, dan segala bagai kemungkinan yg ade yg menyebabkan adik/anak kau tu perlu dibawa ke hospital kan, skali tu semua cikgu yg ade kat skolah tu tamau bawak adik/anak kau gi hsptl sbb xnk skip class.. agak2 ape kau rasa? umm.. aku rasa kau cool je.. sebab cikgu2 semua dedicated xnk skip class semata2 nk hantar adik/anak kau gi hsptl. nak mampus kat skolah tu pun lantak lah, asal xskip class.. kan kan?? tu yg kau nak kan?? bengong betol lah kau ni.. dasar fuck-tarded mental punya manusia.. xkn nak biar je budak tu berdarah je, msti la trus gi hantar budak tu gi hsptl. kau ni gile ke atau mmg dilahirkan bodoh??

then bab jadi bendahari kelas, duit2 students. kau ni logik mmg fail lah. aku heran mcm mn la kau ni bley jd engineer. serious dowh! dari aku darjah 1 smpai darjah 6, duit kelas mmg cikgu aku yg kutip. tau2 je ujung tahun dpt jamuan best2, ambik gmbr dgn kawan2, dgn cikgu2 yg aku xpernah nak label cikgu tu bgus ke x smpai skrg.. xkn lah budak2 kecik tu nk pgg duit kelas. cuba kau fikir sket.. masa form 1 smpai form 5 sebab dah besar sket baru lah sendiri simpan.. ok bab yuran skolah. yes yuran dah dimansuhkan. tapi cuba kau fikir skit ceyana si engineer yg bijak bestari.. duit yg kerajaan bagi kat skolah untk run program skolah tu, sape yg pgg? ok ade kerani kewangan.. tapi bila dah pass to head of department, sape head of department tu? students ke? kerani ke? atau engineer ke? satu hal lagi, kalau skolah tu ade program pendidikan khas, duit yg Jabatan Kebajikan Masyarakat mmg bagi untk OKU, sape yg edarkan dan pgg duit tu? students yg pekak, bisu, buta, autism, hyper tu?? mak cik sapu sampah? atau engineer, macam.......kau?? kalau aktiviti2 budak2 khas ni pulak, sape yg pegang duit tu? kau cuba jawab sikit kat aku. ceyana si engineer yg bijak bestari, kalau kau xtau pape, baik kau senyap je. bnyk lg bnda dlm dunia ni yg kau xtau. bnda2 yg kau xlalui, tetiba kau nak terus terjah judge mcm2, ckp mcm2.. xke nmpk sngt mcm kau tu xtau hal luar.. hadoilaaa...

aku serious xfaham kenapa kau nak kecam sngt dgn org2 yg mempunyai karier sebagai seorang guru.. ni aku nk pesan, jgn benci sngt.. jgn kecam sngt.. kang silap haribulan kau kawen dgn cikgu haaaa baru tau. padan muke kau. xpun skali adik beradik kau kawen dgn cikgu ke.. anak2 kau nnti ade yg jd cikgu ke.. kau jgn main2.. karma is a bitch.. remember that.

sebelum aku lupa, kau kena ingt, xsemestinya cikgu bio cuma tau ilmu bio je, ilmu fizik xtau.. xsemestinya kau engineer ilmu kau berkembang-kembang.. ilmu kau berkembang2 kan seperti katanya kau.. hah, ni aku nk tnya, ilmu classic english literature kau ade? ilmu kau yg berkembang tu ade smpai belaja anatomy of human body, physiology, pathophysiology of what n what disease? ade? so jgn la nak bongkak sngt dgn sikit ilmu yg Tuhan bagi kat kau tu. kau pro bidang kau, cikgu pro kat bidang dia.. haissss... sabo je lah dgn org serupa kau ni..

sudah lah.. aku nk tido. esok ade rumah xbrape nk terbuka.. nk ready fizikal dan mental. hihi.. bye2.. =)








cambagus je minah ni.. aku lempang 1000 kali pada kelajuan 240km/jam setiap 2 jam selama 10 tahun berturut-turut kang baru tau.....

Thursday, August 9, 2012

MENGANCAM!!


hekk ehh budak ni mengade betul. aku tepek batter tu kat pipi tembam tu kang baru tau. chumel la tu kunun?


sesungguhnya.... bila masuk bulan puasa ni, bagi warga2 kaki-masuk-dapur-mencomotkan-diri-dengan-tepung serupa haku nih (perasan kau nyah!!) bila time tengah bakor kek lah yg paling mengugat iman skali. time tu lah segala bau tuk nenek esen vanilla, coklat, susu bagai naik.

haihh... 2-3 hari lepas bau white choc mud cake.. sebelumnya peach cobbler (thnx untk cik DJ kita yg telah mengilhamkan aku untk membuat peach cobbler nih. nama kemain canggih, nk buat tu aki aku reti).. dan pada hari ini kita ade double choc mud cake.. geram nak potong tengok tengah dia mcm mn.. tp sebelum tu curah choc ganache separa likat kat atas.. tabur pulak segala tuk nenek almond.. terliur aku!!

mama dah order dia nak kek ape dan brape buku raya ni. tu xtermasuk yg dia nk bg kat kawan2 dia.. aigooo...







aku ingt kan, klu la aku ni xlepas jadi sorang dokter gigi (nak jadi nak jadi.. pls Allah pls....) aku ingt nak belajar camne nk buat kek pastu bukak kedai kek stok jual kek kawen havoc2 bertingkat2 tinggi melangit tu.. amacam, ok x? =D

Friday, August 3, 2012

zaman dulu, tengah-tengah dan sekarang

ade la dalam 2-3 minggu dah org2 keliling aku duk meroyan-royan membezakan generasi2 manusia yang lahir tahun sekian sekian dan sekian. kawan2 rapat, sedara mara, mahupun kawan-xde-rapat-mana-takat-kenal-mcm-tu-aje semua duk kecoh pasal isu yang pada aku dah timbul lama nih.. 

apekemende issue nya???

issue apabila kau jumpa bebudak kecik umur 3-4 tahun dah kemain pandai main bendalah-bendalah yang duk main tonyoh2 jari kat screen dia. untk yg lambat pickup, bendalah tu dinamakan touch screen gadgets. gadgets ke????

kemain hah bebudak le ni xde dah nak main patung Elmo ke... mintak dibelikan set Barbie ke.. semua asal nak kasi senyap parents sodokkan dengan alatan2 tenyeh-tenyeh-jari-pada-screen nih. xkira lah ipad ke, tablet ke, fon ke.. maka akan senyap lah budak tu. 

wahai kanak2 sekalian.. adakah ini kelihatan seperti mainan untk anda??

 ape korg ni keje ofis ke duk reti main benda ni???


ni meh sini aku tunjuk sket kat korg mainan tu rupa dia mcm mana....

 yang ini dinosaur + kereta. ade sape2 mau?? 


 cuba tengok budak kecik ni dengan soft toy dia. comel gila kot!! kau tak jeles ke yang duk main ipad tuh? rasa nak picit budak tu dgn mainan dia skali. geram aku.

hah, yang duk main ipad tu, ekau ado????? anak patung tunjuk tummy, foot.. siap boleh pegang, bawak tido, berbunyi lagi. kalau jatuh xkena marah kena cubit dengan mak. basah kena kencing malam korang pun xde hal boleh cuci balik.

yang ni paling best skali. sambil main boleh belaja sains skali. dah tu lalat dengan nyamuk tu comel. silap hari bulan aku yg makan, bkn katak tu..


zaman aku dulu jadi bebudak, kalau dpt mainan ni bukan main hepi lagi hah.. (alah boleh la, zaman kau xde ipad bagai) mmg xde ipad bagai zaman aku, paling canggih pun henfon botol air ala2 walkie talkie org berperang bapak aku punya, tapi xde plak aku terhegeh2 nk main. kalau xbley main hentak2 kaki bagai mogok lapar 3 hari. nak kata zaman ni xde toys, mcm2 jenis lagi ade compared dgn zaman aku dulu. 

bukan ape, mainan yg bebudak boleh sentuh tu kan lagi elok.. boleh tolong develop soft touch sensation diaorg.. duk tenyeh jari kat screen je.. mcm mn diaorg nk beza permukaan kulit/kain felt/bulu teddy bear dan banyak lagi. 

kalau dah mmg kau hadap bendalah2 tu semua mmg la naik lemak budak tu jadinya.. memula kasi main fon.. pastu tablet plak. bila kau baru beli note, anak kau umur 2-3 tahun main kau mula naik risau. sayang la kan benda baru. hemph. suka hati kau lah. anak kau, bukan anak aku.

yang pasti aku mmg tak minat benda2 yg duk kena tenyeh2 jari kat screen dia. mmg aku xreti. menyakitkan hati pun ade jugak bila nk tekan benda lain, lain yg keluar. 


yang zaman tengah2 tu mcm mana pulak??? yang itu........... spesis generasi yang peralihan dari zaman tradisional mcm zaman aku (yang lahir tahun pada atau sebelum 198x) ke generasi umur-empat-tahun-dah-main-ipad (yang lahir pada atau selepas tahun 20xx). yang tu kebanyakan nya yang kalau kau tengok kat FB kau tak faham apemende diaorg duk tulis. ntah bahasa alien mana diaorg pakai aku xtau. yg tu genetic information termutated sket. yang generasi skrg genetic information jenis hybrid. tu pasal kecik2 dah reti main tenyeh2 jari kat screen. 

rasa2 nak terasa ke hape dgn ape aku tulis dan agak2 nak meroyan mcm org gila, sila blah sekarang sebelum screen laptop/desktop/tablet kau self destruct. blog aku, suka hati aku nak tulis ape n mcm mn.. kalau nak ikut org lain punya cara, baik xyah letak nama aku sbg owner blog ni. ada faham??







aku duk tengok member2 aku ramai plak yg rajin nak ber-baking bagai skrg. wahh!! hebat2.. lepas ni boleh kawen dah ye? =P

Saturday, July 28, 2012

i am PISSED






iufuygfufbwjcnwHVBYUFGWeifhcwnuvib ngherg hwfgh aer9gywB2-GTUW4n]t6ytuscnlkq gnw]IJSD VT7Y 5TY2RTGFIJSDB V;87 3BN5T KR BW8TFGT623 RGUFBWELFYT 62R2DWQD YG3kcv FW7YFW VGQEFY6GT 6FWEGU8CBYCGAxuigqba nebftufgbAHJDBjhg g8hbkqadhcKJHB GUIVBHG 8VYG3




STILL TAK PUAS HATI LAGI



PENGAJARAN HARI INI:


  1. KALAU TAK RETI TANYA, PAK HAJI GOOGLE PUN ADA BOLEH TOLONG KAU. JANGAN JADI BODOH SOMBONG. 
  2. KALAU AKU TENGAH BENGANG, DENGAR JE TAK YAH NAK CAKAP LEBIH. CAKAP BANYAK BUAT AKU LAGI SAKIT HATI JE. 





tak tau pape banyak cakap plak. tin kosong betul. kau nak terasa, nak menangis, lantak kau lah. malas aku nak ambik port. cuba baca sikit kat atas tu THESE-FINGERS-WANNA-TALK so shut up and listen. kalau2 kau rasa panas bontot tetiba mengelabah tak tentu pasal baca sebab kau tak tau pape, sila bawak bontot panas kau blah dari blog aku. blog ni cuma untuk orang-orang yang cool sahaja okey?











terima kasih la buat spoil mood aku nak bersuka ria malam ni dengan mama terchenta. terima kasih banyak2. jasamu dikenang ke akhir hayat. lain kali buat la lagi.

Wednesday, July 25, 2012

petang tadi.......

tadi petang dalam pukul 230ptg mcm tu kawan aku ajak temankan dia lawat kawan dia kat hospital. since aku xde pape nak buat so aku pun ikut lah dia pegi.. duk kat hospital sampai pukul 4ptg mcm tu. masa dekat nak balik kawan tu ade cakap dia nak ke ECM beli contact lens dia.. 

aku tengok fon aku. ade miss call dari mama. aku call semula tanya kenapa call tadi. dia kirim beli ayam percik kat Rasamas ECM dengan pai tee kat Chicken Rice Shop. aihh mama ni mcm tau je aku nak ke ECM. fine, pegi la ECM... 

lepas beli contact lens kawan aku tu, dia ajak aku temankan dia tengok2 cincin kat kedai emas dalam ECM tuh. aku macam errr.... betul ke aku nak pegi ikut mak cik ni tengok cincin??? aku bukan reti bab2 emas permata bagai. bukan ape, tak minat sangat.

tapi xpe, layan kan aje.. ape salahnya cari pengalaman kan.... =P

duk pusing-pusing tu sekali aku terjumpa satu cincin yg mmg boleh kira aku berkenan gile lah!! menepati syarat sah cincin fav aku. 

AHAAA!! apekah itu????

Platinum Princess Cut Solitaire Diamond Ring

dah cukup. tu aje. xyah nak batu sampai penuh keliling cincin. sebijik sudah. tapi kena princess cut n tamau gold.. kalau gold rasa mcm....... org tua (oops!) tapi cincin kawen mama dulu gold solitaire diamond ring jugak.

tapi........... cincin tu mahal.... =(     sedih je.. tapi berbaloi dengan kecantikkan cincin tu. bila tengok serious rasa mcm nak rompak kedai tu sekarang jugak! (ambik cincin tu je, yg lain tamau)

kena belaja elok2 ni nnti bley beli cincin kawen mcm kat atas tu. hihihi...

seronoknya ade kawan nak kawen/tunang ni!! boleh bergedik-gedik berangan kawen skali. ahaks!! =P

oke oke kembali ke dunia nyata.. tau dek mak aku mampus aku kena hambat dangan parang. ataoiyaii..











dpt cincin tikam pun boleh kalau dapat hadiah kawen dapur cantik. xde hantaran pun xpe.. ngeeeee..... =P

Tuesday, July 24, 2012

it HURTS



rasa tu datang lagi...
dah hampir sebulan tapi aku tetap macam tak boleh terima kenyataan
aku selalu fikir sebelum tido, bangun tido, tengah buat keje..
aku cuba untuk tidak memikirkan hal tu tapi tak boleh..
sampai bila-bila memang aku akan ingat benda tu
benda yang memang jadi sejarah hitam dalam hidup aku

tipu kalau aku kata aku tak cemburu pada kalian
tipu kalau aku kata aku tak kisah semua tu
tipu kalau aku kata aku tak fikir pasal benda tu
terseksa jiwa raga
tak pernah aku terfikir jadi mcm ni
kenapa aku?
kenapa bukan org lain?
kenapa sekarang?

tiap saat
tiap detik
tengah jaga, dalam mimpi, kat dapur mahupun bilik air
aku terfikir

aku tak pasti diaorg faham atau tak apa aku rasa
aku tak pasti diaorg sokong aku atau tak
harapan yang amat berat untuk aku pikul
entah berapa baldi air mata boleh aku tadah
tiap kali aku fikir pasal hal ni

semua kata "Tuhan ada rancangan lebih baik untuk kau"
"kau mesti boleh get through benda ni sebab Tuhan tak uji hambaNya kalau Dia tau kau tak boleh hadapinya"
well guess what
that's all full of bullshit
all those cliché
dengar sini aku nak kata
"kau tak rasa ape aku rasa, baik kau senyap je tak perlu cakap apa2"

nak ke kanan tak boleh
ke kiri pun serba salah dibuatnya
ke belakang dah memang tak boleh sebab gear reverse tak de
nak terus kehadapan macam2 hal
apa akan ada harapan untuk aku?
orang yang dibuang?
yang di cop dan dilabel serta dikecam?

terima kasih untuk yang sentiasa menyokong
kamu tahu siapa kamu
moga Tuhan merahmati kalian...





rasa macam nak............................ tapi xboleh..

menengok budak kecik duk asrama.....

khamis lepas (19hb Julai 2012) aku telah berangkat ke negeri Indera Kayangan dengan menaiki bas Utama Express pada jam 9.00 malam.. perjalanan hampir 10 jam buat habis badan2 aku lenguh2 (sakit pungkok weyh duk lama2!!!!) 

apekah motif nak pergi berjalan jauh kemain sampai ke sempadan sana? 

sebab nak gi kawen lari la derrr.... 

ohh tidak. maunya aku kena hambat dgn parang dek mak aku nnti. aku telah dihantar oleh mak aku sebagai wakil beliau untuk menziarahi adik aku, Cik Sarah yg tengah bermain-main dan melompat2 dgn penuh girang di MRSM Beseri nun. dah nak puasa ni (time tu lah, time tgh tulis post ni dah 4 hari puasa pun) mak aku nk kirim bekalan untk dia. kurma ngan serunding.. 

jadi pagi jumaat tu dah sampai perlis.. kali kedua aku jejak kaki ke bumi perlis yg mmg hangat gila weyh!!!! awat hangat ngat nih?? sepanjang jumaat tu xde buat pape pun. just pegi skolah dia n lepak2 lat skolah dia. tu je. ohh btw, aku tido kat hostel budak kecik tu. so accomodation FOC. hehehe.. jimat disitu kan..... mkn pun makanan DS dia je. hihi...

pada hari sabtu pula barulah kami berjalan2 sampai tak hengat donia, sabtu tu puasa.. so mula2 skali kami ke arau nak menjemput tetamu khas yg dihangkut oleh train dari KL Central, tak lain tak bukan encik Daniel Azere lah!! hihihi... 


kat stesen arau tu sampai ade la dlm kul 9 mcm tu. ke 9 lebih aku pun xingt dah. tunggu la kejap kat sana sebab nak beli tiket train (kaunter tiket bukak kul 10) balik ptg sabtu tu jugak sebab kalau balik hari ahad, encik Daniel nk ke skolah hari isnin tu, dan dia juga xde tempat tido di perlis. maka kami pulang ke KL ptg sabtu tu jugak.

tiket dah beli. wah wah eksaited terlebih makkk!! ni first time nk naik train nih weyh!! so tiket train kul 7.06 mlm dari stesen Arau ke KL Central. kena ade kat stesen kul 6.45ptg. okey.. bereh!!

lepas dah beli tiket kami gerak ke kangar, nak beli2 barang bagai sampai lah pukul 1 lebih mcm tu membeli belah bagai.. lepas tu mcm dah xtau nk buat ape. hari panas, bulan puasa plak tu. Dan dgn beg2 nya lagi, tu belum kira brg2 Sarah yg beli kemain banyak nye.. jadi kami decide kami nak sewa kete mak kawan Sarah dan berjalan2 di sekitar perlis. hihihi... berjalan bajet la mcm tau sngt jln kat perlis tu kan. xpe, GPS bergerak ade. =P

kami ke Padang Besar, cuma lalu2 je xsinggah pun sebab xde pape pun kat sana. plus aku dah pernah pegi aritu ms hantar Sarah dgn mama n uncle n adam. buat tambah penat je jln2 time2 panas bulan puasa nih. maka kami ke destinasi seterusnya.....


GUA KELAM!!!

tapi xtau la knape dia tutup. pelik aku. kata mak kawan Sarah, dah lama dia tutup. ade emas kot kat situ... =P

since kat luar tu ade mcm sungai sket, kteorg just duk tepi sungai lepak2 je.. niat asal Dan nak basuh muka freshen up sket tapi terbantut niat beliau demi melihatkan air sungai yg x gaya mcm mengalir pun. kaler pun coklat je xmenarik agaknya.. geli mak.

aku ngan Sarah celup2 tangan dlm air je. boleh tahan sejuk air dia. pastu ade la sekumpulan anak muda ni duk mandi2 berandam dalam air sungai tu bajet bukan bulan puasa. ish3.. apa ni jd xtau!! =P

 yeah... muka penat sudah..

lepas dari Gua Kelam hari pun dah pukul 3 lebih almost 4 mcm tu, kami decide nak balik. hantar sarah ke hostel dia. sebelum tu pergi pasar malam kat depan skolah dia beli pulut panggang ngan murtabak bekal berbuka dlm train nnti. sarah beli benda yg sama tambah air kelapa sebijik untk berbuka dia nnti.

lepas tu aku ke bilik sarah untk ambik barang.. mandi2 dan solat bagai.. dalam pukul 5 mcm tu baru lah gerak ke rumah mak kawan sarah untk pulangkan kereta sewa dia. sebelum tu sempat la bg duit belanja sket kat budak kecik tu, n pesan jgn nk main je keje nye, menggatal sana sini, belajau nun. hihi.. ade gaya kakak mee-tali x? =P

lepas hantar kete ke rumah mak kawan sarah tu, kami gerak ke Arau semula. sampai la sana dlm pukul 6 mcm tu. mmg nak smpai dlm kul 6 pun sebab Dan nak mandi2 dan solat  bagai.. kami pun tunggu train......

pukul 7.00 mcm tu org buat announcement suruh tggu kat platform. weeee... xsabaunyewwww!!!

ok sabar budak jakun sabar... 

good thing barang xde banyak mana. cuma ade la bwk bekal untk makan2 berbuka ngan sahur dlm train nnti. air kotak, air mineral, roti dan segala bagai..

huwah huwah train suda sampai!!!!!

okey cari mane 1 coach kitaorg.. Lx2.. dah masuk tu cari seat pulak. kteorg pilih seat katil sebab 10 hours kan, malam pulak tu, best sket nak tido. okey actually aku yg decide, Dan ikut je. hihihi.. aku tido katil atas, dia tido katil bawah. tapi time xtido tu aku duk bawah. makan2 pun kat bawah.

tu dia budak rongak yg jauk xpenah naik train!!

bila sampai waktu berbuka kteorg melantak air sampai dua-dua kembung. murtabak xsentuh pun. huhuhu.. xbley gerak dia punya kembung tu. jadi aku tido jap naik atas. dalam kul 11 lebih tu terjaga pastu baru la makan murtabak tu. time tu baru la lapar.

sambung tido semula tapi aku xlena sngt tido. sbb kdg2 time train berhenti aku terjaga. pastu sambung tido smula. pastu terjaga balik. dalam kul 4 mcm tu dah sampai Tanjung Malim. wuuu sedih.. tamau turun train... xpuas lagi naik train.. 430 kami ke toilet cuci muka, gosok gigi bagai pastu sahur.. hihihi..

makan roti dgn nutella, cupcakes mak Dan buat (sedap yg choc tu.. serious.....) teguk air milo.. dah kenyang.. time tu dah sampai Sungai Buloh.. sedihnye xlama lg nak sampai KL Central. tamau turun!!

dalam pukul 545pagi mcm tu baru la sampai KL Central. cakap babai kat train.. nnti kteorg naik lg ehh? pastu dduk kat ruang menunggu kat KFC KL Central tu kejap, ade org tu ngantuk lagi. kikiki... aku dah xbley tdo dah.
hihihi..... =P

then masuk surau n duduk dlm surau sampai la pukul 730pagi. jauh lg perjalanan aku ni baru nk smpai kuantan. maka kami naik LRT ke gombak lepas tu ambik bas masuk UIA sbb nak ambik kete Dan n gerak ke pekeliling. barang banyak, dia malas nak ulang-alik naik train tuka2 train bagai. maka sebab itulah kami ke UIA terus. dalam kul 9 lebih dah sampai Pekeliling.

bajet nak beli tiekt bas pukul 12-2 mcm tu sebab smpai kuantan nnti xde la petang sangat.. alik2 ambik kau!! semua tiket petang habis. yang tinggal cuma bas Bulan Restu pukul 6ptg. mama dah bising sebab ptg sngt, lama sngt kat KL ntah xtau nk duk mana. tapi nk buat mcm mn.. bas lain yg lagi awl dari tu xde so aku ambik je la. fikir jugak nnti ptg Dan kena balik rumah berbuka dgn family dia. kalau jln jem mcm mn? rs bersalah disitu.. tp ye lah kan, Dan being Dan, dia kata ok je, dia tggu smpai kul 6 bru dia balik rumah. fine. so aku pun beli tiket.

jadi dari kul 10 sampai kul 6 tu nak buat ape??? maka berlakulah satu sindiket penculikan yang xde la brape nk berjaya sngt sebab penculik pun xtau nk culik pegi mana. hahaha... tp first2 tu pegi putrajaya.. pusing2 sampai kul 11lebih mcm tu. lepas tu dah xtau nk gi mana. maka Dan cakap..

"pergi Seremban nak?"

jadi kami pun ke Seremban. masuk Seremban Parade, tengok kolej lama dia, tengok tapak bazar ramadhan terbesar kat mesia, pastu balik KL semula dlm kul 3 lebih almost 4 sampai KL. lepas tu ke Wangsa Walk berjalan lagi. pastu ke Jusco nak beli takoyaki fav haku untk bekal berbuka dlm bas ngan McD.

pukul 5 ke Pekeliling bajet2 jln jem tapi xpun. last2 ambik kau 10 minit je nk ke pekeliling tu. duk la tggu bas lama tercanguk kat pekeliling tu. lepas cakap babai kat hencek Daniel bas pun gerak.. aku berbuka kat Temerloh ngam2 pak cik bas stop kat hentian RnR Temerloh tu dah berbuka. dalam kul 930mlm aku sampai kuantan n mama ambik kat terminal. punya la penat sampai2 tu je aku mandi pastu tido xsedarkan diri. barang pun xkemas pape pun lagi.

jadi tu lah dia... almost 3 hari trip yg bwk aku pegi ntah brape negeri aku pun xtau la. paling best bila dapat naik train!! weeee.... =D

thnx untk hencek Daniel Azere kita sebab kalau dia xteman kan aku naik train, mak aku xbagi aku naik train sorg2 n xdpt la aku naik train pastu berangan konon mcm cte Harry Potter. hihihi... teman smpai ke perlis, ni yg syg lebih ni! ni yg nk jd menantu pak cik Azemi nih! (amboihh gatal kau nyahh!!) deym rugi xpegi Siam dah alang2 ke Padang Besar kan? =P

trip yg mmg xkn pernah lupa. thnx to mama sbb bg pegi Perlis sorg2 dari Kuantan n bg naik train jauh2 for the first time. hihi.. mmg syg tiada tandingan lah!!






lepas ni naik ETS pegi Ipoh plak ehh? =D